Di kala remaja yang seusianya sedang seronok menghabiskan masa remaja seperti melepak dengan kawan-kawan, berjalan-jalan di shopping complex, menonton wayang filem-filem terkini, Sumail Hassan 17 tahun menghabiskan masanya dengan bermain DOTA.
Sumail Hassan (Sumber gambar: tribune.com.pk) |
Sumail Hassan ada seorang pemain video game profesional yang mewakili pasukan Evil Geniuses dari Amerika Syarikat adalah pemain termuda dalam pasukan ini. Mula menyertai pasukan ini pada usianya 16 tahun dan berjaya membantu pasukannya memenangi pertandingan The International 5 di mana pasukannya mendapat hadiah berjumlah 6.6 juta US dolar.
Oleh kerana itu, pihak Guiness World of Record telah menganugerahkan Sumail Hassan sebagai pemain e-sports termuda yang pertama di dunia berjaya mendapat hadiah 1 juta US dolar.
Sumail menghabiskan masa selama 9 jam untuk bermain DOTA. Tapi bukan main saja-saja ye, Sumail berlatih ketika bermain DOTA. Dia perlu kerap berlatih agar dapat meningkatkan kemahirannya dan seterusnya membantu pasukannya memenangi setiap pertandingan yang disertai.
Sumail juga bijak membahagikan masa antara urusan akademik dan BERMAIN DOTA. Lagipun, Sumail berkata pembelajaran di sekolah tidaklah sesukar mana pun.
Sumail bersama pasukannya Evil Geniuses (sumber gambar: game.kapanlagi.com) |
Oh ye, jangan ingat bila main game tak perlu bangun awal ye. Sebabnya, Sumail berkata bahawa benda yang paling malas dia nak buat apabila bergelar pemain e-sports profesional ialah perlu bangun awal untuk berlatih.
Apa-apa pun, aku doakan agar Sumail terus berjaya dalam bidang yang dia ceburi ni dan menjadi contoh kepada anak-anak muda lain yang mahu mengikut jejak langkah sepertinya. Selain itu, aku juga berharap kejayaan Sumail ni akan berjaya membuka mata ibu bapa di luar sana bahawa dengan sokongan dan dorongan yang betul, anak-anak kau boleh berjaya dalam dunia gaming ni yang sebenarnya ada memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment