Sunday 31 July 2016

4 VIDEO GAME YANG PATUT KAU BELI BULAN OGOS INI

Hoih! Lama gila aku tak menulis kat sini. Sori weh. Aku sibuk dengan penulisan artikel kat website yang lain. Kena fokus kat situ selalu sebab aku baru dapat job kat situ. Jadi kat sini aku kena kurangkan masa, kalau tak tiap hari aku menulis kat sini. Huhuhu.

Ok, untuk kali ni aku nak share dengan korang pasal video game yang patut korang beli bulan Ogos akan datang ni. Info ni aku dapat daripada Pcmag.com. Aku harap dengan info yang aku share pasal 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini akan bantu kau buat keputusan untuk beli game nanti.

1. MONSTER HUNTER GENERATIONS

Kredit foto: www.nintendo.co.uk

Menampilkan sesuatu yang lebih baru berbanding siri-siri sebelum ini. Terdapat pembaharuan dari segi gameplay di mana ada raksasa-raksasa baru, kawasan baru dan juga terdapat gaya serangan baru yang boleh eksperimen semasa bermain game ini. Game ini hanya ada untuk platform Nintendo 3DS.

2. OBDUCTION

Kredit foto: uploadvr.com

Obduction adalah sebuah game yang menggabungkan elemen misteri dan adventure. Dalam game ini, anda telah dihantar ke sebuah planet makhluk asing dan perlu mencari jalan untuk pulang ke bumi. Game ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari game berunsurkan puzzle dan adventure. Game ini hanya ada di platform PC.

3. BANNER SAGA 2

Kredit foto: kotaku.com

Banner Saga 2 adalah sebuah game yang berunsurkan tactical role-playing game di mana anda akan bermain dalam zaman mitologi viking. Game ini seolah-olah seperti game chess dan game yang pernah keluar dalam platform PC ini telah dibangunkan semula dengan lebih baik dalam platform PS4 dan XBOX One.

4. BATMAN: RETURN TO ARKHAM

Kredit foto: mygaming.co.za

Bagi peminat game game Batman sebelum ini, kau patut beli Batman: Return To Arkham ini. Dalam game kali ini, kualiti visual telah dipertingkatkan untuk memberikan kepuasan yang maksima. Game ini juga masih mengekalkan action combat yang menarik dan tricky puzzle yang boleh buat kau duduk lama depan konsol kau. Hanya ada untuk platform PS4 dan XBOX One.

Itulah dia 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini nanti. Aku harap dengan cadangan yang diberikan ini dapat bantu tambahkan lagi koleksi game korang semua. Macam biasa, kalau kau rasa info ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan kau ye dan selamat bermain video game!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...