Thursday 7 July 2016

7 CARA POWER DAN MANTAP UNTUK MENJAGA KONSOL GAME ANDA DENGAN BAIK

Ha, macam mana raya kau? Syok ke makan ketupat, lemang, rendang dan lontong tu? Elok-elok makan tu, jangan sampai sakit perut. Lagi satu, jangan main bedal je. Time puasa turun 10 kg, time raya ni naik 15 kg. Terlebih 5 kg kau! Hahaha.

Orait, untuk hari ni, aku ada benda penting nak share dengan kau. Pada pendapat aku, benda ni penting sebab ia akan kekalkan kegembiraan kau untuk bermain game. Kenapa kekal gembira? Sebab apa yang aku nak cerita ni adalah untuk kau menjaga konsol game dengan baik.

Kegagalan menjaga konsol video game dengan baik akan menyebabkan ia rosak dan boleh buat duit kau terbang. So, mencegah lebih baik daripada mengubati. Baik kau jaga elok-elok, sebelum berhabis duit nak hantar baiki. Jadi kat sini aku dah senaraikan 7 cara untuk jaga konsol kau dengan baik.

Sumber gambar: gizmodo.com.au

1. TAK PANAS SANGAT, TAK SEJUK SANGAT

Untuk tip penjagaan yang pertama, dinasihatkan agar kau tak biarkan konsol kau dalam keadaan yang terlalu panas dan terlalu sejuk. Jika konsol kau dibiarkan dalam keadaan terlalu panas, mungkin akan mengakibatkan kerosakan pada barang elektroniknya, contohnya, komponen boleh mencair. Jika terlalu sejuk lak, dikhuatiri ia akan berair akibat wap sejuk. Seeloknya, letakkan konsol kau dalam suhu bilik.

Sumber gambar: wikihow.com

2. BERHENTI BILA PANAS

Ini adalah tip standard untuk mana-mana barang-barang elektronik. Bila kau dah main game terlalu lama, andainya konsol tu kau rasa dah mula panas semacam, cepat-cepat berhenti. Biarkan ia sejuk semula dan lepas tu kau baru main. Jangan terus main masa panas, nanti terus kau dapat main selama-lamanya. 

Sumber gambar: digitalinnovations.com

3. JANGAN SENTUH LENS

Elakkan daripada menyentuh lens yang terdapat dalam konsol kau. Lens ni benda sensitif. Lens ni lah yang tolong read kau punya DVD game tu. Kerosakan pada lens akan buat kau stres sebab kau dah tak boleh nak main game dah. Nak ganti lens tu tak silap aku memakan kos yang tinggi. So, elakkan daripada duit kau terbakar macam tu je. Jaga elok-elok.

Sumber gambar: en.yibada.com

4. JAGA KESELAMATAN KONSOL

Letak konsol di tempat yang selamat dan bawa dengan penuh hati-hati. Jangan letak kat tempat yang tak stabil atau terlalu tinggi. Kalau jatuh, mau menangis kau nanti. Bila bawa konsol tu keluar, hati-hati juga. Takut kau tak cermat, tiba-tiba jatuh. Sekali lagi, kau menangis tak berlagu tak dapat main video game.

Sumber gambar: howitworksdaily.com

5. MAGNET MENGANCAM

Jauhkan konsol kau daripada sumber-sumber magnet. Magnet ni benda yang power dan memang sinonim dalam bab merosakkan barang-barang elektronik. Magnet akan menyebabkan file game kau jadi corrupt dan mungkin akan hilang. Maksudnya, bila kau main game, kau dah tak boleh nak load semula game yang kau main. Sedih wo!

Sumber gambar: entertainmentbuddha.com

6. SIMPAN DENGAN CERMAT

Kalau kau terpaksa lupakan konsol kau dalam masa yang lama kerana ada urusan penting yang lain dan tak boleh nak main, mohon simpan dalam beg dia. Ini untuk mengelakkan konsol kau daripada berhabuk dan ada fungus. Habuk dan fungus boleh rosakkan komponen dalaman konsol kau. So, simpan elok-elok.

Sumber gambar: pinterest.com

7. SIMPAN DVD LEPAS MAIN

Setiap kali lepas main, jangan lupa simpan DVD game kau dalam case dia. Jangan biarkan ia terdedah macam tu je. Kalau tercalar, dikhuatiri konsol tak boleh nak read dah. Tak pasal-pasal kau kena beli lain.

Itulah dia 7 tip yang kau boleh amalkan untuk jaga konsol kau dengan baik. Sayangilah konsol kau dan janganlah layan dia teruk sangat. Lagipun konsol tu sumber kebahagiaan kot, takde dia, takleh la kau main VIDEO GAME. Hahaha. Oklah, macam biasa, kalau kau rasa artikel ni membawa manfaat, share lah dengan kawan-kawan ye.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...