Monday, 20 June 2016

5 SEBAB KENAPA PERLU MAIN GAME

Assalamualaikum. So, inilah dia first time aku nak buat post kat sini. Ok, sedikit pengenalan. Nama aku, Norizwan bin Azlan, asal dari Kajang, Selangor. Tapi sekarang aku bekerja dan menetap kat Ipoh, Perak. Blog ni aku buat pasal passion aku yang mendalam pasal game.

Sebenarnya, aku bukanlah handal sangat pasal game ni. Tapi aku ni kalau dapat main game, boleh sampai ke 2, 3 pagi lah bertahan. Cuma, bila dah kahwin dan ada anak ni, jadi slow sikit lah main game. Eh, bukan slow sikit, tapi slow banyak. Hahaha.

Tapi, aku rasa, aku nak start share balik kat korang pasal benda yang aku memang passion gila ni. Game. Dulu sebelum kahwin, memang tak sah lah kalau tak main. Pagi kerja, balik kerja main game sampai pukul berapa pun aku tak tau.

Ramai orang pandang serong kat orang-orang yang suka main game ni. Katanya buang masa lah, takde faedahlah dan sebagainya. Orang yang bercakap macam tu, selalunya dia tak minat main game, so diorang tak tau passion kaki gamers ni macam mana. So, apa kata kita bagi sikit knowledge kat diorang kenapa kita main game supaya diorang pun nanti jadi kaki gamers macam kita, boleh?


1. MENGHILANGKAN STRES

Pertamanya, orang-orang yang main game ni sebab diorang nak hilangkan stres. Macam mana boleh hilang stres? Ok, kalau kau main game pukul-pukul orang macam wrestling ke, street fighter ke, kau dapat lepaskan stress kau kat situ. Kau pukul orang, tapi dalam game je, so takde melibatkan kecederaan pada orang lain. Stres kau akan hilang sambil pukul-pukul watak dalam game tu. Cuma hati-hati, jangan sampai terbawak-bawak kat luar game lak. Nanti kau yang kena pukul.


2. BINA HUBUNGAN SOSIAL

Ya, dengan menjadi kaki gamers, kau boleh buat kawan. Kau juga akan ada poin untuk bersembang. Kau takkan jadi kayu taktau nak sembang apa. Kaki gamers ni biasanya diorang ada group atau forum di mana diorang akan bertukar-tukar pendapat ataupun meminta bantuan dan pertolongan tentang sesuatu game yang dimainkan. Jadi, ini dah membuktikan siapa yang kata kaki gamers ni kera sumbang memang tak patutlah, sebab kaki gamers memang ramai kawan beb.


3. HOBI

Bermain video game adalah satu hobi. Hobi ini adalah lebih baik berbanding kau hisap dadah ataupun hidu gam. Kos untuk miliki hobi ni pun taklah mahal sangat. Mungkin pada sekali pembelian tu, harga dia agak tinggi, tapi lepas tu takdelah melibatkan sampai harga ribu riban pun. Tapi, bila dah jadi hobi ni, jangan sampai kau lupa solat pulak ye. Main game, main game jugak, hal agama jangan lupa.


4. MENJANA KREATIVITI

Huu... poin ni nampak macam skema gila kan? Menjana kreativiti kata kau. Hahaha. Tapi serius, memang betul beb. Ada certain games yang bila kau main, akan betul-betul menguji skil problem solving kau. Puzzle yang diberikan memang sangat mencabar. So, otak kau kena think outside of the box, maksudnya, kau kena kreatif la. Jadi, siapa kata main game ni takde faedah kat otak, kena fikir sekali lagi lah.


5. GAYA HIDUP SIHAT

Ya, main game pun boleh menggalakkan kau mengamalkan gaya hidup sihat. Sekarang ni dah ada game yang memerlukan kau buat pergerakan seluruh badan, memang berpeluh la badan kau nanti. Kau boleh main tenis, main golf, main lawan pedang pun ada. Pergh, memang best beb. Jadi, main game ni, memang boleh bantu elakkan kau daripada obesiti sebab cara permainan dia cara orang sihat beb.

Itulah dia, 5 faedah yang kau boleh dapat bila main game ni. Bila sentuh bab game ni, janganlah fikir negatif je, ada jugak benda positif pasal game. Kalau kau asyik mencari salah, memang nampak salah jela. Cuba buka mata sikit, tengok apa yang baik dan yang boleh digunakan secara berfaedah. Akhir kata, selamat bermain game ye semua!

Sumber gambar: Google.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...