Disebalik keseronokan, kegembiran, keterujaan dan apa-apa yang boleh buat kau happy semasa main video game, kau jangan tak tau ye main video games ni juga boleh buat kau sedih. Bukan setakat sedih saja, tapi sedih sampai tahap kau nak nangis teresak-esak ataupun meraung.
Serius ke ada game yang boleh buat jadi macam tu? Serius la beb, kau ingat tak ada ke? Game ni macam drama-drama yang kau tengok kat TV gak. Bila kau hayati dengan baik jalan ceritanya, kau boleh rasai emosi yang ada dalam game tersebut.
Jadi, hari ni aku nak cerita pasal emosi sedih, pasal game yang boleh buat menangis. Huhuhu. Ada 5 game kat sini yang disenaraikan yang boleh buat kau sedih lalu menangis. Jom tengok.
1. SILENT HILL: SHATTERED MEMORY
Semua orang tahu game ni game seram. Di mana, kalau main sorang-sorang, kena pulak tengah malam, memang boleh buat bulu roma kau meremang. Tapi, di sebalik rasa seram tu, tersembunyi kesedihan dalam game ni. Kau takkan rasa kesedihan tu semasa main game ni, tapi, bila kau dah habiskan game ni dan kau berjaya selesaikan semua masalah yang wujud dan kau cuba teliti balik apa yang kau selesaikan, pasti kau akan jadi sedih dan mula menitiskan air mata.
2. FINAL FANTASY 7
Kau mainlah mana-mana game, terutama sekali genre RPG, mati memang pasti berlaku dalam game tu. Biasanya, susah untuk kau menang tanpa mati dalam game macam ni. Tapi, mati macam mana sekalipun, watak kau akan dihidupkan semula dan boleh main semula seperti biasa. Cuma, dalam Final Fantasy 7 ni, apa yang buat kita sedih ialah apabila Aerith mati dan tidak boleh dihidupkan semula dan babak ini juga dikatakan babak yang mengejutkan dalam antara semua siri Final Fantasy.
3. GEARS OF WARS 2
Watak utama dalam game ini ialah Marcus Fenix. Tetapi wataknya tidaklah semenarik watak pasangannya iaitu Dominic Santiago. Dalam game ini, Dominic Santiago sebenarnya mempunyai misi yang sangat penting buat dirinya iaitu mencari isterinya yang hilang iaitu Maria. Berbagai halangan dan cabaran ditemui sepanjang usahanya mencari Maria. Akhirnya, dia bertemu dengan Maria di mana Maria berada dalam keadaan yang teruk akibat diseksa dan tidak kelihatan seperti Maria yang pernah dikenalinya dulu. Huhuhu. Memang sedih beb.
4. BROTHERS: A TALE OF TWO SONS
Game ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang terpaksa mengembara ke seluruh dunia demi mencari penawar untuk menyembuhkan ayahnya yang sedang sakit. Video game ini menceritakan tentang elemen kehilangan, pengalaman meningkat dewasa dan juga ikatan kekeluargaan. Apabila kau main game ni, kau kena bantu adik beradik ni berdepan dengan musuh dan melepasi halangan-halangan yang ada agar dapat menyelamatkan ayah mereka. Memang menyentap jiwa!
5. HALO REACH
Mungkin kau susah nak percaya game action ni boleh mendatangkan kesedihan. Macam game tembak menembak ni boleh buat orang sedih dan menangis? Ini akan terjadi apabila kau main game ni dan kau lihat di depan mata sendiri rakan-rakan kau akan rebah menyembah bumi satu demi satu. Kematian rakan-rakan kau dilihat seperti sangat real sehinggakan boleh mengganggu emosi kau untuk menjadi sedih dan mungkin akan menangis.
Itulah dia 5 video game yang dikatakan boleh buat kau sedih dan menangis masa memainkannya. Tapi ingat, ia perlu dimainkan dengan penuh penghayatan. Kalau kau main tanpa ada jiwa, memang susahlah nak rasa. Macam mana kau boleh feel masa tengok drama atau movie, macam tu jugaklah kau kena feel masa main video games ni supaya kau boleh rasa sedih. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan ye.
No comments:
Post a Comment