Tuesday, 28 June 2016

5 SEBAB MENGAPA WUJUDNYA KUMPULAN ANTI VIDEO GAME

Jangan terkejut baca tajuk artikel aku kali ni. Sememangnya, kumpulan macam ni memang wujud kat dunia ni. Aku pernah jumpa satu website kumpulan para ibu yang menentang video game ni. Hahaha. Tak patut betul. Website mana? Kau cari sendiri, malas aku nak bagi free promosi.

Untuk artikel kali ni aku nak kongsikan antara punca-punca utama kenapa wujud golongan anti video game ni. Sesuatu benda takkan terjadi tanpa sebab kan? So, kumpulan ni wujud disebabkan sesuatu. Aku dapat senaraikan 5 sebab kenapa kumpulan ni wujud dan menentang kewujudan video game dalam pasaran.

Sumber gambar: nerdist.com

1. MENGGALAKKAN KEGANASAN

Ini adalah sebab diorang yang paling utama. Katanya, video game ni menggalakkan lagi keganasan. Contohnya macam video game Grand Theft Auto yang memaparkan gaya hidup samseng dan membunuh sesuka hati. Disebabkan bimbang ramai orang terpengaruh dengan keganasan yang ditunjukkan, maka mereka telah meletakkan poin ini sebagai alasan utama mengapa kumpulan ini wujud.

Sumber gambar: authormedia.com

2. MEMBUANG MASA

Kumpulan ini menyatakan bahawa bermain video game adalah sesuatu yang membuang masa. Ini kerana, mereka melihat bermain video game ini sekadar mengisi masa terluang tanpa ada matlamat yang boleh digunakan dalam real life situation. Disebabkan tak dapat nampak manfaat, maka kumpulan ini menentang kewujudan video game.

Sumber gambar: rochester.edu

3. TIDAK BERFAEDAH

Kumpulan ini juga melihat bahawa bermain video game ini tidak dapat memberi sebarang faedah kepada seseorang individu. Mereka menyatakan bahawa ia tidak membantu menambah skil kehidupan seseorang. Malah, bermain video game juga tidak patut dijadikan hobi kerana hobi sepatutnya sesuatu yang mendatangkan faedah.

Sumber gambar: govexec.com

4. MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB

Video game menyebabkan seseorang melupakan tanggungjawabnya. Tidak kiralah sama ada dia seorang bapa ke, ibu ke, suami ke, isteri ke, anak ke, pekerja ke, pelajar ke, video game akan buat orang lupa peranan masing-masing dalam hidup kerana terlalu asyik bermain video game.

Sumber gambar: neurogadget.net

5. MASALAH SOSIAL

Akhir sekali, kumpulan ini juga mengatakan video game adalah punca berlakunya masalah sosial. Hubungan seks bebas, kelakuan tak bermoral, tiada adab dan sebagainya dikatakan berpunca daripada pengaruh dalam game yang dimainkan.

Itulah dia, top 5, sebab kenapa golongan ini wujud. Bagi aku, bila terlalu memandang hal-hal negatif, kita akan nampak benda negatif je. Nak kata tak ada manfaat, kat SINI aku ada cerita manfaat dan faedah main VIDEO GAME ni. Tapi, walau macam mana pun kumpulan ni berusaha kuat nak stop penjualan video game, aku tetap menyatakan bahawa bermain video game sebenarnya sangat bermanfaat jika kita bermain dengan cara yang betul. Andainya artikel aku ni bermanfaat, mohon kongsikan dengan kawan-kawan kau jugak ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...