Tuesday 5 July 2016

5 VIDEO GAME YANG BILA MAIN BUAT ANDA RASA MACAM SUPERHERO

Siapa weh yang tak teringin nak ada kuasa kebal, kuat nak mampus, laju, boleh terbang dan takut tinggi macam superhero? Aku rasa semua orang kat dunia ni nak kot jadi superhero. Yelah, bila jadi superhero ni, perasaan dia berbeza. Terutama sekali mesti banyak peminatlah. Hahaha.

Tapi malangnya, dalam dunia realiti ni mana ada orang boleh miliki kuasa-kuasa macam tu weh. Kita semua ni manusia lemah je. Tuhan je yang paling power pun. Tapi, mujur kau, aku dan kaki game di luar sana yang main video game bolehlah merasa nak jadi superhero. Ha, ni advantage kita ni.

Sebab tu, aku kat sini nak senaraikan 5 game yang bila kau main, kau akan rasa macam kau ni superhero weh. Ha, waktu ni, berimaginasilah kau puas-puas sambil main game superhero ni.

Sumber gambar: segmentext.com

1. THE AMAZING SPIDERMAN 2

Nak merasa bergayut-gayut di tengah-tengah bandar melalui dereten kereta yang bergerak pantas? Nak merasa melompat-lompat dari satu blok bangunan ke blok bangunan yang lain? Nak merasa melekat dan memanjat bangunan-bangunan pencakar langit? Ha, kau mainlah game The Amazing Spiderman 2 ni dan rasailah semua yang aku cakapkan tadi. Selain daripada boleh buat apa yang aku cakapkan, kau juga boleh keluarkan sarang labah-labah yang kuat lekatannya daripada badan kau dan juga boleh tahu sesuatu yang sedang berlaku walaupun kau tak nampak sebab kau ada spider sense.

Sumber gambar: speed-new.com

2. X-MEN ORIGIN: WOLVERINE

Bayangkan dalam badan kau ada cecair-cecair besi padu dan keras bernama adamantium yang mengalir laju ke setiap tubuh kau dan menyebabkan kau boleh keluarkan kuku besi adamantium? Peh, macam cool gila kan! Lepas tu, kau juga miliki badan yang kebal dan boleh sembuh sendiri bila ditembak dan diserang oleh musuh. Peh, ni bukan cool, ni dah awesome! Itulah dia watak yang kau patut main kalau nak rasa semua ni iaitu watak Wolverine dalam game ni. Memang bab serang orang guna kuku adamantium tu adalah idaman setiap orang yang meminati Wolverine.

Sumber gambar: gamecrate.com

3. INJUSTICE: GODS AMONG US

Ha, ini pun satu game yang power gak. Game yang kau boleh rasa nak jadi banyak superhero. Game ni kau boleh pegang banyak watak superhero sekaligus macam Batman, Superman, The Flash, The Green Hornet dan lain-lain lagi. Dengan main video game ni, kau boleh merasa macam-macam kuasa dan tak terhad kepada satu jenis kuasa. Game ni lebih kepada fighting, sama macam kau main Street Fighter ataupun Tekken. So, kalau kau jenis gelojoh dan tamak nak jadi macam-macam superhero, kau mainlah game ni.

Sumber gambar: comicbookmovie.com

4. BATMAN ARKHAM SERIES

Siri Batman ni ada 3 iaitu Arkham Asylum, Arkham Origins dan Arkham City. Tapi dengar cerita, hujung tahun ni nanti akan keluar lagi satu siri Batman Arkham ini. Ok, apa yang best jadi Batman dalam game ni? Kau merasa nak terbang malam-malam buta waktu orang tengah tidur. Selain tu, kau juga dapat merasa guna gajet-gajet Batman yang power. Kau juga akan seronok dan teruja apabila dapat lakukan serangan hendap kat musuh-musuh kau. Huuu, memang best game ni weh. Terasa macam superhero sebenar sebab Batman ni dia manusia biasa, bukan alien ataupun mutant.

Sumber gambar: youtube.com

5. MARVEL ULTIMATE ALLIANCE

Game ini pula berkonsepkan role-playing game. Di mana, kau boleh tubuhkan team yang terdiri daripada superhero-superhero kegemaran kau dalam francais Marvel untuk berlawan dengan musuh. So, kat sini kau diberi kebebasanlah untuk pilih power-power superhero yang macam mana akan mengiringi kau sepanjang game ni nak membelasah musuh-musuh yang cuba menghalang dan menghentikan impian kau mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan dalam game ni.

Haa... Itulah dia siri-siri VIDEO GAME superhero yang kalau kau main boleh buat kau rasa macam superhero. Tapi, aku harap kau dapat standby lagi untuk pertengahan kedua tahun 2016 ni kerana ada banyak lagi game superhero yang nak keluar dan boleh buat air liur kita meleleh. Hahaha. Oklah, kalau kau rasa artikel aku ni ada manfaat, harap dapat dikongsikan kepada kawan-kawan kau yang lain ye.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...