Ya, ya, ya! Video game tak semestinya berseorangan. Ia juga turut dicipta untuk dimainkan secara beramai-ramai. Keseronokan dan kebahagiaan yang didapati daripada video game yang dimainkan patut dinikmati oleh seluruh keluarga. Kebanyakan ibu dan ayah mungkin terlalu mengikut kehendak anak-anak dalam membeli game. Tapi kali ini, aku cuba nak bantu ibu dan bapa tentang game yang patut kau beli ikut kehendak kau untuk memastikan kau boleh bermain game satu keluarga.
Penting untuk bermain game satu keluarga kerana dari sinilah kau boleh bina hubungan yang lebih rapat dan mesra. Selain itu, kau juga dapat spend masa untuk berbual-bual dengan anak-anak dalam keadaan terhibur ketika bermain game. Jadi, anak-anak takkan rasa tertekan kalau kau bersembang dengan mereka. Biasalah budak-budak, ada sesetengah daripada mereka rasa tak berapa selesa nak bersembang dengan mak ayah, maybe malu kot. Tapi bila bersembang sambil main video game ni, mungkin taklah terasa sangat kan? Hahaha.
Jom tengok 5 game yang mak ayah boleh beli dan main bersama anak-anak.
1. ROCKET LEAGUE (MAIN BOLA GUNA KERETA)
2. MINECRAFT (MACAM MAIN LEGO. BUDAK KAN SUKA LEGO)
3. TOWERFALL (SENANG JE GAME NI. KLASIK, TAPI SERONOK)
4. LITTLE BIG PLANET (BERKREATIFLAH BERSAMA ANAK-ANAK)
5. MARIO KART 8 (HANYA ADA DI KONSOL WII U)
Haa... Itulah dia 5 VIDEO GAME yang aku boleh rekemenkan kat mak ayah yang nak spend masa bersama-sama dengan anak-anak. Jadikan masa dengan anak-anak ni masa berharga untuk kau orang ye. Nanti bila dia dah besar, dia tak lekat rumah dah, banyak lepak dengan kawan-kawan je. Oklah, kalau kau rasa post aku ni bermanfaat, share lah ye kat kawan-kawan.
NAK BELI PS4? KLIK SINI
NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI
NAK BELI WII U? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment