Sunday 3 July 2016

RM9600 SEHARI ADALAH JUMLAH PENDAPATAN MAMAT KAKI GAME NI!

Yup, ini jumlah pendapatan yang diperoleh oleh mamat ni sepanjang dia bermain video game. Sehari dapat RM9600. Sebulan dah RM288,000. Setahun pulak dah jadi RM3.45 juta. Gila woi, gila! Ni lagi ada yang kata main game tak dak faedah? Habis tu, mamat ni dapat apa, bukan duit ke ni? Pasir? Plumbum? Magnesium? Hahaha.

Sumber gambar: ballerstatus.com


Siapa nama mamat ni? Nama dia Brad Colburn atau lebih dikenali sebagai The Rad Brad dalam Youtube. Dia ni memang tengah hot dalam Youtube sekarang. Kerja fulltime dia ialah main game, rekod apa yang dia main, dan upload di Youtube. Sebab tu orang juga panggil dia sebagai King of Walkthrough.

Kalau kau ada main game dan kau sangkut tak tau nak buat apa, kau boleh cari video dia dalam youtube. Tengok video dia dan insyaAllah, masalah kau selesai. Kalau next part kau sangkut lagi, tengok balik video dia. Mamat ni memang dah bantu menyenangkan kerja kita. Pengeluar game selalu hantar game kat dia (secara percuma ok) untuk dia main dan review dan juga untuk tatapan kita.

Kau tau tak berapa banyak subscriber dia kat Youtube? 6.1 juta beb, 6.1 juta!!! Gila betul. 6.1 juta orang peminat yang minat tengok dia main game dan dari situ dia boleh buat income RM9600 sehari. Dan yang bestnya, secara purata, subscriber dia akan bertambah sebanyak 3000 orang sehari. Ini bermakna, income dia akan makin bertambah dan bertambah. Huyoo! Main video game sekarang memang boleh buat duit betul! Hahaha.




Karier dia sebagai gamers full time dah bermula sejak tahun 2010 tau. Jadi, kau jangan ingat dia jadi star dalam satu malam je. So, ini terang-terang bukan skim cepat kaya. Dia develop slow-slow. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata nak fokus kat bidang ni. Sekarang, dia berjaya buktikan apa yang dia minat boleh dijadikan sebagai kerjaya dan simbol bahawa main game tak merugikan dan ada bagi faedah.

Kesimpulan dari cerita ini, bagi aku, kalau kau betul-betul serius nak jadikan main game ni sebagai karier kau, kau kena rancang dan buat dengan serius bidang ni. Kau dah tak boleh main game semata-mata nak main game. Kau kena fikir macam mana nak buat duit dari main game, kalau itulah laluan yang kau nak. Main video game ni, kalau dah jadi benda serius terutama sekali nak jadikan kerjaya, memang kau akan penat. 

Kalau kau tak mampu, jangan buat, nanti merana kau. Kau main jelah game just for fun. The Rad Brad ni dia main for fun and seriously, maksudnya, dia dah sebatikan game dengan life dia. Tak main game, life dia tak gerak sebab tak ada kerja. Tapi, apa-apa pun, mamat ni dah tolong buktikan bahawa main VIDEO GAME sememangnya memberi faedah! Hahaha.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...