Friday, 8 July 2016

7 SEBAB POWER KENAPA MAIN VIDEO GAME BUKANLAH SESUATU YANG MEMBUANG MASA

Yahoo! Dah hari raya ketiga. Masa sangat pantas berlalu dan aku masih rajin update blog ni. Tapi hari ni aku nak beraya kat kampung aku lak kat Kajang. Moga-moga aku ada masa untuk update blog esok sebab kat Kajang ni aku lagi banyak berjalan untuk beraya banding kat Ipoh ni. Huhuhu.

Orait, hari ni nak cerita pasal apa ya? Oh ye, hari ni aku nak kongsi dengan kau yang suka main video game dan juga orang di luar sana bahawasanya bermain video game ni bukanlah sesuatu yang membuang masa pun.

Bermain video game ada faedahnya andainya digunakan dengan betul. Macam ubat batuklah. Ia bermanfaat, jika kita ambil dengan sukatan yang betul. Tapi kalau berlebih-lebih, memang boleh jadi khayal dan memudaratkanlah. Begitu juga dengan main video game ni.

Sebab tu aku dah sediakan 7 sebab kenapa main video game ni bukanlah sesuatu yang membuang masa.

Sumber gambar: segmentext.com

1. BOLEH BELAJAR SEJARAH

Melalui permainan video game, kau boleh berlaku tentang sejarah yang sudah berlaku dalam dunia ini. Kau akan bermain game yang akan membawa kau ke tempat-tempat yang kau tak pernah kunjungi dan kau belajar tentang apa yang sudah dan sedang berlaku di sana. Macam kau main game Tomb Raider la. Bila kau pegang watak Lara Croft, dia akan bawa kau merentasi sempadan dan mengelilingi dunia untuk mencari barang-barang purba di samping mengenali sejarah peradaban dunia.

Sumber gambar: pcmag.com

2. BELAJAR TENTANG KEDUDUKAN DAN LALUAN

Ha, macam mana kau boleh belajar benda ni? Kan bila main game, kau akan ada peta kan? Ha, dari situlah kau boleh belajar macam mana nak bawa watak kau menuju ke objektif point setiap part dalam game tu. Bila kau dah bawak watak kau mengembara dalam game tu, kau kena rujuk balik peta supaya kau dapat tahu bahawa kau berada di tempat yang betul dan boleh capai objektif game tersebut.

Sumber gambar: guides.gamepressure.com

3. MENJADI CEKAP DAN TANGKAS

Semasa bermain game, kau perlu pastikan tangan kau boleh bergerak secara cekap dan tangkas. Dalam hal ini, koordinasi antara mata dan jari jemari kau haruslah selari supaya kau main game dengan baik. Contohnya, macam main video game Batman: Arkham Origins, kau kena tekan counter button pada waktu yang betul andainya musuh menyerang dari belakang. Cepat atau lambat sangat kau tekan, kau kena serang, health pun melayang.

Sumber gambar: getyourthemes.com

4. WAKTU UNTUK BEREHAT

Bermain video game juga adalah salah satu cara untuk kau berehat setelah seharian penat bekerja. Sebaik-baiknya, kau mainlah video game yang boleh tenangkan kau dahulu. Jangan main game yang berat. Yelah, kau dah penat, stres, kalau kau main game yang terlalu berat dan mencabar, dikhuatiri kau bertambah stres. So, mainlah game yang tenang-tenang sahaja dahulu supaya kau tak stres.

Sumber gambar: greatist.com

5. BERSOSIAL DAN BERKAWAN

Walaupun kita sudah ada media sosial untuk berhubung dengan orang lain di tempat yang jauh, bermain game juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mengenali orang lain di luar sana. Apa yang kau perlukan ialah game yang boleh dimainkan secara multiplayer dan juga online. Dari sini, kau boleh berbincang tentang sesuatu video game ataupun membantu menyelesaikan masalah yang kau temui semasa kau main video game.

Sumber gambar: guides.gamepressure.com

6. ETIKA DAN ADAB

Ada sesetengah game yang turut mengajar kita tentang etika. Kalau kau perasan, ada sesetengah game yang benarkan kau untuk pilih jawapan yang perlu dijawab bila ada watak yang bertanya soalan kepada kau. Kau boleh pilih nak jawab dengan baik atau tidak. Setiap jawapan pula kadangkala memberikan kesan yang berbeza. Seronok dapat belajar tentang etika dan dalam masa yang sama kekal berhibur.

Sumber gambar: dailymotion.com

7. MENGAJAR TENTANG KEPIMPINAN

Kau boleh belajar tentang cara memimpin dan pengurusan strategi melalui video game. Game yang bergenre strategi mampu menolong kau menambahbaik skil kepimpinan ini. Cara bagaimana kau menguruskan dan menyusun watak-watak dalam game strategi itulah yang akan memberikan kemenangan kepada kau kelak. Kau kemudian boleh laksanakan apa yang kau belajar dalam dunia game ini ke dunia pekerjaan kau yang sebenar. Kalau kau pandai aplikasikanlah ye.

Itulah dia 7 sebab kenapa main VIDEO GAME ni bukanlah sesuatu yang membuang masa pun. Kalau ada yang kata kau buang masa sebab main game, tunjuk kat dia blog aku ni, bagi dia baca. Aku wujudkan blog ni sebab nak tunjukkan the postive side of playing video game. Hah, cakap inggeris kau. Hahaha. Oklah, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, jangan lupa share tau.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...