Aku tengah beraya kat Kajang ni dan alhamdulillah masih konsisten menulis kat blog ni. Ini pun mujur aku bangun awal sebab anak aku tiba-tiba bangun awal. Sementara jaga dia ni, aku pun menaiplah untuk artikel hari ni.
Hari ni aku nak kongsikan dengan kau tentang bagaimana bermain video game ni dapat jadikan kau manusia yang lebih baik. Jangan ingat main video game ni hanya mengajar tentang kekejaman dan keganasan. Jika diteliti dengan lebih mendalam, bermain video game ni memang membantu meningkatkan kemahiran insaniah ataupun soft-skill kita.
Oklah, aku tak nak buang masa, jom tengok 5 cara bagaimana bermain video game menjadikan kau manusia yang lebih baik.
Sumber gambar: loksatta.com |
1. MELATIH DIRI MENJADI PENYABAR
Dengan bermain video game ni, ia sebenarnya boleh bantu kau menjadi seorang penyabar. Kau tak boleh buat tindakan terburu-buru. Setiap tindakan yang kau nak ambil, perlu ada elemen kesabaran, jika tidak, kau tak dapat nak capai objektif yang telah ditetapkan dalam game yang kau main. Contohnya, ada sesetengah game memerlukan kau bertindak pada timing yang tepat, kalau kau cepat sangat, alamatnya kau gagal.
Sumber gambar: youtube.com |
2. GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA
Yup, jangan terkejut kau boleh belajar pasal benda ni semasa bermain video game. Macam mana ia diajar? Kan masa main game, kalau watak yang kau mainkan mati, kau masih boleh main lagi lepas tu. Itu menunjukkan bahawa, apabila kau gagal lepasi suatu tahap, kau masih ada peluang untuk perbaiki kesilapan dan cuba untuk lepasinya semula. Elemen ini kau boleh gunakan dalam kehidupan kau sama ada dalam dunia pekerjaan ataupun pembelajaran.
Sumber gambar: blog.digistor.com |
3. SENTIASA BERSEMANGAT
Bermain video game mampu menjadikan kau manusia yang sentiasa bersemangat. Ini kerana, kau cuba untuk mencapai setiap objektif yang ditetapkan dalam game itu. Setiap kali kau dapat capai objektif, kau menjadi semakin teruja dan bersemangat untuk habiskan game tersebut. Andainya kau dapat laksanakan sikap ini dalam kehidupan kau, pasti ianya akan menjadi lebih baik dan membahagiakan.
Sumber gambar: vg247.com |
4. BERTINDAK, BERTINDAK, BERTINDAK
Kau berfikir dan merancang tetapi tidak bertindak, maka jadilah ia benda yang sia-sia. Bermain video game mengajar kau tentang hal ini. Kau akan nampak hasil jika kau bertindak. Jangan takut untuk ambik keputusan bertindak, walaupun gagal, sekurang-kurangnya kau akan tau apa yang perlu diperbaiki untuk meneruskan langkah bagi mencapai matlamat kau.
Sumber gambar: youtube.com |
5. HIDUP PENUH CABARAN
Dalam dunia video game pelbagai cabaran dan pelbagai tahap kesusahan kau perlu tempuhi. Kau tahu tak, apa yang ditunjukkan dalam video game tu sebenarnya refleksi realiti kehidupan kita? Sewaktu kecil, kita tidak mempunyai banyak masalah yang besar. Tapi, bila kita semakin dewasa, masalah makin bertambah dan membesar. Sebab tu, bila kau main video game, pada tahap awal, masalah dan cabarannya mudah. Tapi bila kau makin jauh, halangannya makin banyak dan semakin sukar untuk kau lalui. Jadi, kau kena cuba hadapinya dengan tenang agar ia dapat diselesaikan dengan baik dan kau dapat nikmati kehidupan.
Haa, itulah dia 5 cara bagaimana bermain VIDEO GAME dapat bantu kau jadi insan yang lebih baik. Main video game ni, bukan semuanya memberi impak yang buruk. Cuba cari bahagian baik, mesti ada punyalah. Oklah, macam biasa, kalau kau rasa post aku ni bagus, mohon share kat kawan-kawan yang lain ye.
***
NAK BELI PS4? KLIK SINI
NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment