Saturday 2 July 2016

5 GAME YANG PERLU ANDA MAIN UNTUK JADI BIJAK

Bila kau ke, aku ke, atau kaki gamers lain main video game, orang lain mesti tengok macam kita main game sekadar nak berhibur sahaja. Maksudnya, macam kau main game ni tak mendatangkan sebarang faedah pun.

Tapi, apa yang sebenarnya berlaku, disebalik semua hiburan yang dirasai oleh kau dan juga kaki game yang lain ialah, bermain video game juga membantu kita untuk menjadi lebih bijak. Hah, serius ke? Serius lah bang. Ada beberapa game yang kau boleh main untuk bantu kau lebih bijak. Di sini aku kongsikan 10 game yang kalau kau main, kau akan jadi lebih bijak nanti.

Sumber gambar: gamehackstudios.com

1. SIMCITY

Game ni kalau kau main, dia akan mengajar kau bagaimana nak membina sebuah bandar yang dari tak ada apa-apa menjadi sesuatu yang valuable. Kau kena bangunkan sebuah bandar terutama dari segi ekonomi agar kau dapat jana duit untuk membina lebih banyak infrstruktur yang lebih baik dan moden. Dalam game ni juga kau akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti pencemaran, kes jenayah, aduan penduduk bandar dan sebagainya. Kau sebagai orang yang bertanggungjawab membina bandar ini harus terima aduan itu dan lakukan sesuatu dengan bijak untuk atasi masalah yang dihadapi. Jadi, kat sini, kebijaksanaan kau akan teruji. Hehehe.

Sumber gambar: youtube.com

2. LITTLE BIG PLANET

Ini adalah game yang mampu membantu menjana kreativiti kau. Dalam game ni, kau diberi kebebasan untuk mencipta story kau sendiri, Kau juga bebas untuk mencipta jalan dan haluan untuk watak kau menjalani adventure dalam game ni. Litte Big Planet mengisahkan satu watak bernama Sack Boy yang akan mengembara berdasarkan laluan dan halangan yang dibina oleh kau. 

Sumber gambar: ubcon.com

3. LEAGUE OF LEGENDS

League of Legends adalah sebuah video game bergenre strategy di mana kau boleh bermain dan berlawan dengan player lain secara online ataupun berlawan dengan computer. Bermain game ini akan menguji pemikiran kritikal kau di mana kau perlu mengkaji tentang kekuatan dan kelemahan musuh-musuh kau. Apabila semua itu sudah diketahui, kau kena tahu pula bila masa yang sesuai untuk menyerang. Kombinasi ini semua akan membantu kau untuk mendapat kemenangan di dalam game ini. Selain itu, kau juga kena tahu bilakah masa untuk berundur supaya kau tak mati sia-sia macam tu je dalam game ni.

Sumber gambar: sep7agon.net

4. STARCRAFT II

Satu lagi game yang bergenre strategi yang boleh bantu kau jadi lagi bijak. Dalam game ni, ada 3 puak yang kau boleh pilih untuk kau main. Game ini membantu meningkatkan keupayaan semua aspek pemikiran kau. Semasa bermain game ini kau perlu menyelaraskan semua maklumat yang kau terima secara bertali arus dalam game ni. Kau juga perlu bijak untuk mengawal dan mengekalkan sumber-sumber yang diperolehi untuk melancarkan permainan kau serta kau juga perlu cekap menilai dan bertindak balas terhadap semua serangan yang kau terima daripada musuh.

Sumber gambar: minecraft.net

5. MINECRAFT

Minecraft mengisahkan sebuah game yang membolehkan kau membina sesuatu menggunakan tekstur kiub yang ada dalam game ini. Selain daripada itu, dalam game ini juga kau boleh mengembara, mengumpul sumber dan berlawan dengan musuh. Game ini melatih kita menjadi lebih mahir di mana kita boleh belajar tentang seni bina dan juga ilmu asas fizik. Selain itu, ia turut mengajar kita bagaimana untuk mengawal sumber agar tidak digunakan secara membazir dan membantu kita dalam hal pengurusan sumber dan juga masa.

Itulah dia antara 5 VIDEO GAME yang aku boleh sarankan untuk kau main kalau kau nak jadi bijak. Aku percaya, dengan segala macam skil yang kau belajar dalam game ni, kau boleh guna semula dalam kehidupan seharian kau. Macam biasa, kalau kau rasa post aku ni bermanfaat, jangan lupa share kat orang lain ye. Terima kasih sebab sudi membaca blog aku ni.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI.

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

4 comments:

  1. wah.. boleh la start download.. hehe.. btw, salam singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam singgah. Terima kasih kerana sudi membaca.

      Delete
  2. sangat bermanfaat....thanks for the info. i like....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome. Terima kasih kerana sudi membaca.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...