Dengan tajuk artikel macam ni, aku harap dapat menggalakkan seluruh rumah yang berkeluarga ada satu konsol game dalam rumah. Hahaha. Tinggi juga impian aku ni, tapi aku impikan benda yang baik, kira baguslah kan?
Yelah, selama ni orang asyik nampak benda buruk je bila sebut pasal main video games ni sedangkan video games ni boleh bantu eratkan hubungan kekeluargaan. Dengan games yang sesuai, mungkin sesuai untuk keluarga, seluruh keluarga boleh bermain bersama dan luangkan masa bersama-sama dan merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
Sebab tu aku cakap blog aku ni berbeza, aku cuma nak perkenalkan bahawa bermain video games ni baik dan juga nak galakkan orang main video games dengan baik. Oklah, jom kita tengok 5 sebab kenapa main video games ni boleh rapatkan hubungan kekeluargaan.
Sumber gambar: gamerwithkids.com |
1. MASUK KE DUNIA ANAK-ANAK
Apabila bermain video games ini, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih mengenali dunia anak-anak mereka. Sekali sekala, ibu bapa boleh bertanya kepada anak-anak sama ada mereka boleh bermain video games bersama mereka atau tidak. Dengan penglibatan ibu bapa dalam dunia gaming anak-anak, ia dapat membantu proses pengembangan minda dan akhlak anak-anak untuk menjadi insan yang baik.
Sumber gambar: www.thekindtips.com |
2. MEDIUM BERKOMUNIKASI YANG BAIK
Bermain video games boleh dijadikan sebagai ruang untuk ibu bapa berbual ataupun bersembang dengan anak-anak. Andainya selama ini ibu bapa kekeringan idea untuk bercakap dengan anak-anak, apabila mereka sudah mula bermain games bersama-sama, pasti banyak perkara yang boleh dibualkan. Contohnya tentang strategi yang hendak digunakan dalam sesebuah game, apakah game baru yang nak dibeli, konsol game yang terkini dan sebagainya.
Sumber gambar: www.gamerwithkids.com |
3. MASA BERSAMA ANAK-ANAK YANG LEBIH BERKUALITI
Andainya sebelum ini ibu bapa menemui kesukaran untuk meluangkan masa dengan baik bersama-sama anak-anak, maka bermain video games boleh menjadi penyelamat mereka. Kita sedia maklum bahawa ramai ibu bapa sekarang lebih banyak habiskan masa di tempat kerja. Bila balik rumah, jumpa anak-anak, tak tahu nak buat apa dan kurang berkomunikasi. Tetapi, bila ada video games, ibu bapa dapat berhibur dan juga dapat berborak dengan anak dengan lebih mesra sambil bermain game kegemaran anak-anak dan mengeratkan hubungan.
Sumber gambar: pixelkin.org |
4. PELUANG MENGAJAR TENTANG KEHIDUPAN
Bermain video games juga boleh menjadi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang kehidupan. Ketika bermain game, menemui pelbagai masalah, watak berbeza dalam setiap game, kesukaran yang bertambah dalam setiap stage, sebenarnya boleh dijadikan poin penting untuk dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan. Cumanya, dalam hal ini, ibu bapa tak bolehlah asyik fikir seronok nak main saja, nanti terlupa pula nak sampaikan mesej yang sebenarnya kepada anak-anak.
Sumber gambar: www.yourcareeverywhere.com |
5. MENGELAKKAN ANAK-ANAK LARI DARIPADA IBU BAPA
Lari di sini bukan bermaksud lari dari rumah ya. Tetapi, apa yang aku nak sampaikan ialah, anak-anak zaman sekarang kalau boleh nak rasa bebas dan tak nak rasa terkongkong di bawah kawalan ibu bapa. Bila ibu bapa dapat tau, anak-anak suka main video games, gunakan peluang itu untuk rapatkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa jangan tunjuk sangat seperti nak mengawal mereka, tapi bertindak seolah-olah nak menemani mereka bermain video games. Perlahan-lahan, cubalah ketahui apa yang sedang berlaku dalam hidup anak-anak. Dari situ, bolehlah ibu bapa menepis sebarang pengaruh buruk daripada mempengaruhi anak-anak mereka.
Nah, itulah dia 5 sebab kenapa bermain video games ni boleh ERATKAN HUBUNGAN ibu bapa dan anak-anak. Aku harap, kalau ada mak ayah baca artikel ni, kau orang bolehlah cuba beli video games dan luangkanlah masa dengan anak-anak main video games ni. Kalau kau rasa artikel aku ni bagus, tolonglah kongsikan dengan ibu bapa di luar sana ye. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment