Kenapa aku buat tajuk ni? Ok, aku ni memang kaki game beb. Aku dah main game sejak kecik. Sampai dah kerja aku main game lagi. Sampai dua tiga pagi aku boleh tahan mata bila main video game ni. Tapi, apa yang aku buat dulu, tak boleh buat lagi bila aku dah kahwin dan ada anak ni.
Bila dah bergelar suami dan abah ni, tanggungjawab aku dah bertambah. Aku tak boleh fikir pasal diri aku je, aku kena fikirkan pasal wife dan anak aku jugak. Takkan aku nak buat gila nak tumpu main game je, habis tu, wife aku, anak aku tu patung ke? Huhuhu.
Aku percaya, kaki game di luar sana berdepan dengan situasi macam aku ni. Sebab tu, aku buat artikel ni. Aku nak kita jadi kaki game dan dalam masa yang sama jadi suami dan abah yang bertanggungjawab. So, macam mana nak buat? Ni aku kongsikan 4 cara nak main video game gaya bapa atau suami mithali.
Sumber gambar: www.ign.com |
1. TETAPKAN MASA
Sebagai abah dan suami, sila tetapkan masa untuk kau bermain game. Seriously aku cakap, spend lah masa dalam 30 minit ke 1 jam sahaja, jangan lebih. Kau ada anak dan isteri yang perlu dilayan juga. Diorang lagi penting dari video game. Bagi aku, tempoh tu dah cukup, Setiap hari, sejam. Lepas tu, spend masa untuk anak-anak dan isteri kau, diorang perlukan perhatian kau juga. Kau jangan main lama-lama, wife kau penat jaga anak tu, kau sedap-sedap main game ye.
Sumber gambar: www.pinterest.com |
2. BUAT BILIK KHAS
Kau kena buat bilik khas untuk main video game. Jangan guna TV yang famili kau guna untuk tengok TV sebagai TV untuk kau main game. Dapatkan TV berbeza dan letak dalam bilik khas. Yelah, kalau guna TV yang sama masa kau main game, takkanlah wife dan anak-anak kau nak tengok kau main? Kau ingat wife kau tak bosan ke tengok kau main game? Kau ingat anak kau akan duduk diam dan tak kacau ke? Hmm... diorang mesti bosan weh. Bagi TV khas untuk diorang dan kau pun main dalam bilik khas. Biarlah diorang boleh tonton rancangan kegemaran sementara kau main game.
Sumber gambar: www.wisegeek.com |
3. BELI FAMILY GAME
Dengan main video game juga boleh jadikan peluang untuk spend masa dengan famili kau. Tapi, janganlah kau beli game yang single player macam God of War tu. Famili game pebenda macam tu. Belilah game yang boleh main ramai-ramai dan sesuai dengan umur anak-anak kau. Kalau anak kau minat bola, belilah FIFA. Minat lumba kereta, belilah Need For Speed. Haa, enjoy sama-sama main game tu, barulah hubungan jadi lebih mesra.
Sumber gambar: trauma.blog.yorku.ca |
4. BERKORBAN
Kalau betul kau kaki game sejati, maka kau kenalah berkorban. Kalau waktu-waktu biasa kau tak boleh main sebab nak melayan anak-anak dan isteri, maka mainlah game waktu diorang dah tidur. Mungkin kau terpaksa main tengah malam, tapi sekurang-kurangnya kau dah jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Jadi, sebelah malam, kau kena bertanggungjawab jadi kaki game yang sejati pulak.
Inilah dia 4 cara yang aku boleh kongsikan. Setakat ni, bila aku guna, nampaklah ada kesannya. Kau kena ingat, famili ni penting daripada VIDEO GAME tau. Diorang manusia, ada hati dan perasaan, so diorang lah yang kita kena jaga baik. Cubalah amalkan dan insyaAllah kau boleh jadi kaki game yang baik dan dalam masa yang sama kau boleh jadi bapa dan suami yang mithali. Oklah, macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, bolehlah share kat orang lain ye.
No comments:
Post a Comment