Saturday 2 July 2016

4 SEBAB KENAPA LELAKI SUKA BERMAIN VIDEO GAME BERBANDING PEREMPUAN

Yaa... memang macam dah jadi lumrah bahawa lelaki yang lagi banyak suka main video game berbanding perempuan. Kau boleh tengok kat mana-mana pun, lelakilah yang paling suka main game berbanding perempuan. Tak kisahlah game konsol atau game dalam handphone.

Kenapa agaknya jadi macam tu? Hmm... Sebab tu, hari ni aku nak share dengan kau orang semua, 4 sebab kenapa lelaki lagi suka main video game berbanding orang perempuan. So, benda ni pun elok dibaca oleh orang perempuan supaya mereka tahu sebab musababnya. Ok, jom start.

Sumber gambar: gameplanet.co.nz

1. PENGISIAN GAME

Punca pertama kenapa lelaki suka main game ialah kerana pengisian game tu sendiri. Disebabkan pengisian game tu lebih menampilkan ciri-ciri maskulin seperti kekerasan, kekasaran, menembak, berlumba, maka ia menyebabkan kaum lelaki jadi suka nak main game kerana ia dekat dengan jiwa mereka. Sebab tu orang lelaki akan pilih game yang ada ciri-ciri macam ni supaya diorang ada passion nak main video game.

Sumber gambar: rochester.edu

2. CARA BELAJAR

Disebabkan cara belajar orang lelaki sukakan sesuatu yang aktif dan tidak statik menyebabkan jiwa mereka lebih dekat dengan bermain game. Bermain game yang perlu bergerak aktif sama ada dari segi pemikiran ataupun fizikal mampu mengelakkan lelaki menjadi bosan. Cuba lihat, di dalam kelas, kaum lelaki paling banyak mengantuk kerana mereka tak boleh fokus lama pada benda yang statik, mereka perlu bergerak. Disebab ciri ini wujud dalam game, terutama sekali action game, mereka jadi seronok nak main video game.

Sumber gambar: gamerant.com

3. PEMASARAN

Selain itu, gaya pemasaran yang dilakukan oleh pengeluar game ini sebenarnya lebih ke arah menarik minat kaum lelaki. Seperti pengisian game itu sendiri, apabila membuat iklan, mereka akan menampilkan ciri-ciri seperti kekerasan dan kekasaran di dalam iklan game. Tujuannya adalah untuk menarik pelanggan terbesar mereka iaitu orang lelaki. Ini adalah kajian yang dilakukan oleh para pengeluar game untuk melariskan jualan game mereka.

Sumber gambar: valleysleepcenters.wordpress.com

4. HUBUNGAN SOSIAL

Bermain game boleh menjadi sebagai pembuka bicara untuk kaum lelaki menambah kenalan. Dengan bermain game yang boleh bermain secara beramai-ramai, ia akan memudahkan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Adalah menjadi bonus jika dalam lingkaran kawan-kawan itu jika mereka meminati game yang sama dan mereka boleh bersembang tentang ia berjam-jam lamanya.

Haa... Itulah dia 4 sebab kenapa orang lelaki suka main game. Kalau tengok kat sini, 2 punca tu datangnya daripada pihak pengeluar sendiri. Mereka sendiri yang fokus nak keluarkan game khas untuk lelaki. So, takleh la salahkan orang lelaki kenapa kami menyukai VIDEO GAME. Hahaha. Oklah, macam biasa, kalau suka dengan artikel aku ni, silakanlah kongsi dengan kawan-kawan kau orang ye.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...