Jika semalam aku kongsikan 5 video game yang boleh buat kau sedih lalu menangis, hari ni aku nak share pulak 5 video games yang boleh buat kau ketakutan sampai rasa nak terkencing kat toilet pun takut. Hahaha.
Kau jangan ingat filem je ada genre seram ni, video game pun ada genre seram tau. Silap haribulan, tahap keseraman video game lagi power daripada filem. Kena pulak, hantu tu tiba-tiba keluar secara mengejut. Mahu terkeluar jeritan jantan kau. Cilakak!
So, tanpa buang masa, jom kita tengok 5 video game yang menyeramkan yang boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet.
1. SILENT HILL
Kredit foto: www.gamefaqs.com |
Berdasarkan kajian aku dengan membaca blog-blog gaming, ramai di antara mereka bersetuju untuk meletakkan video game francais Silent Hill sebagai game paling seram. Terdapat 12 siri game Silent Hill yang telah diterbitkan. Keseraman Silent Hill ni terletak pada background muzik dia yang memang sesuai untuk buat orang takut dan juga persekitaran yang ditunjukkan dalam game ni memang menakutkan. Kena pulak, pereka game ni berjaya cipta hantu-hantu yang mengerikan dan selalu muncul secara tiba-tiba tanpa kau sedari.
2. FATAL FRAME
Kredit foto: kotaku.com |
Dalam game Fatal Frame ni, bila kau main, ia akan betul-betul menguji keberanian kau untuk berdepan dengan hantu-hantu yang wujud dalam game tu. Untuk mengalahkan semua hantu-hantu dalam game tu, kau dibekalkan kamera dan kamera tu lah yang akan digunakan untuk menangkap gambar hantu-hantu tu. Oh ye, kau tak boleh ambik gambar dari jarak jauh, kau kena pergi dekat, dekat sampai kau boleh nampak muka hantu dengan jelas, baru snap. Itu pun, kalau kau berani nak pergi dekat-dekat. Hihihi...
3. RESIDENT EVIL
Kredit foto: www.techtudo.com.br |
Dalam game ni, kau tak menentang hantu, tapi kau akan berlawan dengan zombie. Mesti rasa macam takde pape kan? Apa ada hal, tembak jelah zombie tu, terus mati. Ooo... tak semudah itu bro. Kau ingat pembuat game ni nak buat benda jadi mudah untuk kau ke? Zombie-zombie ni dan raksasa lain akan muncul depan kau secara tiba-tiba tanpa kau sedar dan akan buat kau melatah sampai mencarut-carut sebab terlalu terkejut. Muka raksasa dan para zombie pun turut direka dengan penuh kengerian dan keseraman. Memang patut jadi video game yang menyeramkan dan sedap dimainkan pada waktu malam yang sepi
4. AMNESIA: THE DARK DESCENT
Kredit foto: www.youtube.com |
Kau akan memegang watak yang berada dalam istana lama yang dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang mengerikan dan menakutkan. Untuk menambahkan rasa seram, kalau kau nak main, sila pakai headphone. Kau boleh dengar macam-macam bunyi yang akan buat kau rasa takut sesangat. Oh ye, kau nak tau tak, ramai orang yang main game ni telah memberikan komen bahawa mereka tak sanggup nak habiskan game ni sebab game ni terlalu menakutkan. Gila betul!
5. DEAD SPACE
Kredit foto: gamersxtreme.org |
Untuk game ini pulak, kau akan bermain menentang makhluk-makhluk mutant yang sangat mengerikan dan ganas. Sebenarnya, makhluk-makhluk mutant ni adalah krew-krew kapal kau (oh ye, game ni berlatarbelakangkan di dalam sebuah kapal) dan kau terpaksa berlawan dengan mereka. Ketakutan dan keseraman game ini terletak pada kemunculan makhluk-makhluk ganas secara tiba-tiba tanpa kau sangka. Benda ni akan buat jantung kau macam nak luruh dan peluh-peluh dingin akan mengalir keluar dari badan kau. Persekitaran dalam game ni pun dihasilkan dengan baik agar rasa takut kau sentiasa berpanjangan.
Itulah dia 5 video game yang menyeramkan dan boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet. Kalau kau tak pernah main, pergilah cari game-game ni dan cuba main. Aku sarankan, main waktu malam dan berseorangan, barulah mencabar keberanian. Hahaha. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, tolonglah share kat kawan-kawan kau yang kau rasa berani sangat tu. Cuba bagi diorang main game ni, tengok macam mana, berani dia boleh tahan lama ke tak.
Terbaik la entRY pasal game ni! AkU baca satu persatu kot! Hahahaaa
ReplyDeleteTerima kasih sebab baca satu persatu. Harap tak takut pergi toilet. Hahaha.
Delete