Wednesday, 6 July 2016

3 GAME YANG SESUAI DIMAINKAN BERSAMA-SAMA SAUDARA MARA DI HARI RAYA

First sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pembaca blog aku. Aku juga nak minta maaf andainya ada ayat-ayat dalam mana-mana artikel aku ada mengguris hati dan perasaan korang. Syukur, pada hari raya ini, aku masih berkesempatan nak update blog ni. Harap terus konsisten la kerajinan aku ni. Hahaha.

Ok, pada hari raya ni mesti ramai saudara mara yang datang rumah kau untuk berhari raya ataupun kau akan berkumpul di rumah mak ayah untuk sambut raya. Mungkin ada kalangan korang yang begitu rajin bawak konsol video game balik ke kampung. Jadi, bila dah bawa konsol balik ke kampung, pastikan kau bawak game yang boleh main ramai-ramai, jangan yang kau main sorang-sorang lak, tak tercapai la objektif hari raya nanti.

Sebab tu lah, aku nak share dengan korang 3 game yang sesuai dimainkan bersama-sama saudara mara di kampung. Ada 3 game ni, insyaAllah, hubungan saudara mara akan jadi mesra dan suasana kampung korang pasti jadi lebih meriah. Jom tengok apakah 3 game yang kau kena bawa ni.

Sumber gambar: wccftech.com

1. FIFA 16 ATAU PRO EVOLUTION SOCCER (PES) 2016

Ya, kau boleh pilih nak bawa salah satu atau bawa je dua-dua sekali. Inilah game yang wajib kau bawak balik kampung, tak bawak maka kau berdosa. Hahaha. Taklah, aku main-main je. FIFA 16 atau PES 2016 membolehkan kau main game secara beramai-ramai dengan saudara mara kau. Game ni boleh dimainkan seramai 4 orang sekaligus. Kau boleh pilih sama ada nak create competition ataupun sekadar lawan head to head macam tu je. Kau juga boleh pilih sama ada nak lawan antara satu sama lain ataupun kau dan saudara kau mengawal satu team yang sama. Aku yakin, game ni dapat datangkan keseronokan kepada kau dan saudara mara bila bermain secara beramai-ramai.

Sumber gambar: gamepur.com

2. MORTAL KOMBAT X ATAU STREET FIGHTER ATAU TEKKEN

Tak kisahlah mana satu game yang kau nak bawak, tapi kalau ada tiga-tiga, kau bawak je balik kampung sekali. Game lawan-lawan pun antara game yang patut kau bawak balik dan main bersama-sama saudara mara kau. Game lawan-lawan mampu memberikan hiburan yang terbaik untuk habiskan masa bersama-sama saudara mara kau. Kau boleh main dengan format king stay, yakni yang menang akan terus main ataupun kau bolehlah main secara bergilir-gilir.

Sumber gambar: youtube.com

3. NEED FOR SPEED

Last sekali, jangan lupa bawak game racing ni. Aku rekemen Need For Speed sebab ramai orang biasa dengan game ni. Kalau bawak yang pelik-pelik, saudara mara kau tak nak main lak. Game ni sesuai la untuk bermain bersama saudara mara kerana game ni ada mode multiplayer. So, boleh lah kau berlumba head to head dan ambil masa yang tak lama pun untuk dihabiskan. Macam game lawan-lawan juga, king boleh stay ataupun bergilir-gilirlah main. Kalau sampai tahap gian, mau main sampai ke subuh ni weh, kena pulak main ramai-ramai, mesti tak sedar diri jadinya.

Itulah dia 3 VIDEO GAME yang aku akan aku pilih untuk dimainkan bersama-sama saudara mara kau. Pilihan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. So, kalau nak bawak game balik kampung, bawaklah game ni. Janganlah bawak game yang setakat kau main sorang-sorang je, kalau gitu, baik takyah bawak. Macam biasa, kalau kau suka dengan artikel aku ni, share lah dengan orang lain ye.

***

NAK BELI PS4? KLIK SINI

NAK BELI XBOX ONE? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...