Sunday, 31 July 2016

4 VIDEO GAME YANG PATUT KAU BELI BULAN OGOS INI

Hoih! Lama gila aku tak menulis kat sini. Sori weh. Aku sibuk dengan penulisan artikel kat website yang lain. Kena fokus kat situ selalu sebab aku baru dapat job kat situ. Jadi kat sini aku kena kurangkan masa, kalau tak tiap hari aku menulis kat sini. Huhuhu.

Ok, untuk kali ni aku nak share dengan korang pasal video game yang patut korang beli bulan Ogos akan datang ni. Info ni aku dapat daripada Pcmag.com. Aku harap dengan info yang aku share pasal 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini akan bantu kau buat keputusan untuk beli game nanti.

1. MONSTER HUNTER GENERATIONS

Kredit foto: www.nintendo.co.uk

Menampilkan sesuatu yang lebih baru berbanding siri-siri sebelum ini. Terdapat pembaharuan dari segi gameplay di mana ada raksasa-raksasa baru, kawasan baru dan juga terdapat gaya serangan baru yang boleh eksperimen semasa bermain game ini. Game ini hanya ada untuk platform Nintendo 3DS.

2. OBDUCTION

Kredit foto: uploadvr.com

Obduction adalah sebuah game yang menggabungkan elemen misteri dan adventure. Dalam game ini, anda telah dihantar ke sebuah planet makhluk asing dan perlu mencari jalan untuk pulang ke bumi. Game ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari game berunsurkan puzzle dan adventure. Game ini hanya ada di platform PC.

3. BANNER SAGA 2

Kredit foto: kotaku.com

Banner Saga 2 adalah sebuah game yang berunsurkan tactical role-playing game di mana anda akan bermain dalam zaman mitologi viking. Game ini seolah-olah seperti game chess dan game yang pernah keluar dalam platform PC ini telah dibangunkan semula dengan lebih baik dalam platform PS4 dan XBOX One.

4. BATMAN: RETURN TO ARKHAM

Kredit foto: mygaming.co.za

Bagi peminat game game Batman sebelum ini, kau patut beli Batman: Return To Arkham ini. Dalam game kali ini, kualiti visual telah dipertingkatkan untuk memberikan kepuasan yang maksima. Game ini juga masih mengekalkan action combat yang menarik dan tricky puzzle yang boleh buat kau duduk lama depan konsol kau. Hanya ada untuk platform PS4 dan XBOX One.

Itulah dia 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini nanti. Aku harap dengan cadangan yang diberikan ini dapat bantu tambahkan lagi koleksi game korang semua. Macam biasa, kalau kau rasa info ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan kau ye dan selamat bermain video game!

Sunday, 24 July 2016

7 KATA-KATA INSPIRASI 'POWER' DARIPADA KARTUN POKEMON

Oleh kerana sekarang ni tengah demam Pokemon Go. Aku saja nak bagi korang kata-kata semangat bila main game tu. Sebenarnya, kata-kata semangat ni diungkapkan oleh watak-watak yang ada dalam kartun Pokemon tu.

Kartun-kartun ni kadangkala bukan sekadar memberi hiburan, tapi ia juga boleh memberi kau inspirasi dalam meneruskan kehidupan. Aku harap, dengan perkongsian ini akan buat kau seronok untuk menjalani kehidupan kau.

Selamat membaca!















Saturday, 23 July 2016

5 SELEBRITI ANTARABANGSA YANG KAKI VIDEO GAME

Kau jangan ingat artis-artis antarabangsa tu tak minat main video game walaupun sibuk dengan aktiviti harian diorang sebagai artis. Walaupun sibuk, diorang akan cari masa untuk main video game sebab dah itu minat diorang.

Menurut Nowloading.co, terdapat 5 selebriti antarabangsa memang kaki video game. Jom kita tengok siapakah 5 selebriti ini.

1. MEGAN FOX

Kredit foto: deadline.com

Awek hot yang start popular dengan cerita Transformers. Lelaki mana tak bergetar tulang rusuk bila tengok dia kan? Hahaha. Pada masa lapang, jika tak ada shooting, dia akan habiskan masa bermain video game. Video game kegemaran beliau ialah siri HALO.

2. OLIVIA MUNN

Kredit foto: twitter.com

Sebelum ini, Olivia Munn adalah seorang model sahaja. Tetapi kini, beliau telah bergelar pelakon dan popular sebagai watak 'Psylocke' dalam filem terbaru 'X-Men: Apocalypse'. Sangat meminati game yang bergenre first person shooter dan suka bermain game Call of Duty: Modern Warfare 3.

3. MILA KUNIS

Kredit foto: www.ellentv.com

Pelakon yang popular menerusi sitkom That 70's Show, Mila Kunis, adalah penggemar tegar video game. Di sebalik kesibukan bergelar artis, Mila Kunis sangat menggemari game seperti World of Warcraft, Call of Duty dan juga Minecraft.

4. RONDA ROUSEY

Kredit foto: www.pinterest.com

Merupakan ahli sukan dalam MMA/UFC dan kemudian menceburkan diri dalam filem Expandables 3 dan juga Fast and Furious 7. Ronda Rousey sangat suka bermain video game di waktu lapangnya dan gemar bermain game World of Warcraft.

5. PAUL WALKER DAN VIN DIESEL

Kredit foto: www.ew.com

Di sebalik aksi-aksi stunt yang menarik yang ditunjukkan oleh mereka berdua dalam francais Fast and Furious, rupa-rupanya kedua-dua pelakon ini adalah penggemar video game tegar. Paul Walker dan Vin Diesel akan bermain game di masa lapang di mana mereka akan bermain game World of Warcraft.

Itulah dia 5 selebriti antarabangsa yang kaki video game. Jadi, lepas ni jangan ingat artis-artis ni tak main game. Dia pun manusia biasa gak, mesti ada minat kat game ni juga. Oklah, macam biasa, kalau kau suka dengan artikel aku ni, mohon share kat kawan-kawan yang lain ye.

Friday, 22 July 2016

5 VIDEO GAME YANG MENYERAMKAN DAN AKAN BUAT KAU TAK BERANI PERGI TOILET MALAM-MALAM

Jika semalam aku kongsikan 5 video game yang boleh buat kau sedih lalu menangis, hari ni aku nak share pulak 5 video games yang boleh buat kau ketakutan sampai rasa nak terkencing kat toilet pun takut. Hahaha.

Kau jangan ingat filem je ada genre seram ni, video game pun ada genre seram tau. Silap haribulan, tahap keseraman video game lagi power daripada filem. Kena pulak, hantu tu tiba-tiba keluar secara mengejut. Mahu terkeluar jeritan jantan kau. Cilakak!

So, tanpa buang masa, jom kita tengok 5 video game yang menyeramkan yang boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet.

1. SILENT HILL

Kredit foto: www.gamefaqs.com

Berdasarkan kajian aku dengan membaca blog-blog gaming, ramai di antara mereka bersetuju untuk meletakkan video game francais Silent Hill sebagai game paling seram. Terdapat 12 siri game Silent Hill yang telah diterbitkan. Keseraman Silent Hill ni terletak pada background muzik dia yang memang sesuai untuk buat orang takut dan juga persekitaran yang ditunjukkan dalam game ni memang menakutkan. Kena pulak, pereka game ni berjaya cipta hantu-hantu yang mengerikan dan selalu muncul secara tiba-tiba tanpa kau sedari.

2. FATAL FRAME

Kredit foto: kotaku.com

Dalam game Fatal Frame ni, bila kau main, ia akan betul-betul menguji keberanian kau untuk berdepan dengan hantu-hantu yang wujud dalam game tu. Untuk mengalahkan semua hantu-hantu dalam game tu, kau dibekalkan kamera dan kamera tu lah yang akan digunakan untuk menangkap gambar hantu-hantu tu. Oh ye, kau tak boleh ambik gambar dari jarak jauh, kau kena pergi dekat, dekat sampai kau boleh nampak muka hantu dengan jelas, baru snap. Itu pun, kalau kau berani nak pergi dekat-dekat. Hihihi...

3. RESIDENT EVIL

Kredit foto: www.techtudo.com.br

Dalam game ni, kau tak menentang hantu, tapi kau akan berlawan dengan zombie. Mesti rasa macam takde pape kan? Apa ada hal, tembak jelah zombie tu, terus mati. Ooo... tak semudah itu bro. Kau ingat pembuat game ni nak buat benda jadi mudah untuk kau ke? Zombie-zombie ni dan raksasa lain akan muncul depan kau secara tiba-tiba tanpa kau sedar dan akan buat kau melatah sampai mencarut-carut sebab terlalu terkejut. Muka raksasa dan para zombie pun turut direka dengan penuh kengerian dan keseraman. Memang patut jadi video game yang menyeramkan dan sedap dimainkan pada waktu malam yang sepi 

4. AMNESIA: THE DARK DESCENT

Kredit foto: www.youtube.com

Kau akan memegang watak yang berada dalam istana lama yang dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang mengerikan dan menakutkan. Untuk menambahkan rasa seram, kalau kau nak main, sila pakai headphone. Kau boleh dengar macam-macam bunyi yang akan buat kau rasa takut sesangat. Oh ye, kau nak tau tak, ramai orang yang main game ni telah memberikan komen bahawa mereka tak sanggup nak habiskan game ni sebab game ni terlalu menakutkan. Gila betul!

5. DEAD SPACE

Kredit foto: gamersxtreme.org

Untuk game ini pulak, kau akan bermain menentang makhluk-makhluk mutant yang sangat mengerikan dan ganas. Sebenarnya, makhluk-makhluk mutant ni adalah krew-krew kapal kau (oh ye, game ni berlatarbelakangkan di dalam sebuah kapal) dan kau terpaksa berlawan dengan mereka. Ketakutan dan keseraman game ini terletak pada kemunculan makhluk-makhluk ganas secara tiba-tiba tanpa kau sangka. Benda ni akan buat jantung kau macam nak luruh dan peluh-peluh dingin akan mengalir keluar dari badan kau. Persekitaran dalam game ni pun dihasilkan dengan baik agar rasa takut kau sentiasa berpanjangan.

Itulah dia 5 video game yang menyeramkan dan boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet. Kalau kau tak pernah main, pergilah cari game-game ni dan cuba main. Aku sarankan, main waktu malam dan berseorangan, barulah mencabar keberanian. Hahaha. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, tolonglah share kat kawan-kawan kau yang kau rasa berani sangat tu. Cuba bagi diorang main game ni, tengok macam mana, berani dia boleh tahan lama ke tak.

Tuesday, 19 July 2016

5 VIDEO GAME YANG AKAN BUAT KAU SEDIH SAMPAI NAK MENANGIS TERESAK-ESAK ATAUPUN MERAUNG

Disebalik keseronokan, kegembiran, keterujaan dan apa-apa yang boleh buat kau happy semasa main video game, kau jangan tak tau ye main video games ni juga boleh buat kau sedih. Bukan setakat sedih saja, tapi sedih sampai tahap kau nak nangis teresak-esak ataupun meraung.

Serius ke ada game yang boleh buat jadi macam tu? Serius la beb, kau ingat tak ada ke? Game ni macam drama-drama yang kau tengok kat TV gak. Bila kau hayati dengan baik jalan ceritanya, kau boleh rasai emosi yang ada dalam game tersebut.

Jadi, hari ni aku nak cerita pasal emosi sedih, pasal game yang boleh buat menangis. Huhuhu. Ada 5 game kat sini yang disenaraikan yang boleh buat kau sedih lalu menangis. Jom tengok.

1. SILENT HILL: SHATTERED MEMORY


Semua orang tahu game ni game seram. Di mana, kalau main sorang-sorang, kena pulak tengah malam, memang boleh buat bulu roma kau meremang. Tapi, di sebalik rasa seram tu, tersembunyi kesedihan dalam game ni. Kau takkan rasa kesedihan tu semasa main game ni, tapi, bila kau dah habiskan game ni dan kau berjaya selesaikan semua masalah yang wujud dan kau cuba teliti balik apa yang kau selesaikan, pasti kau akan jadi sedih dan mula menitiskan air mata.

2. FINAL FANTASY 7


Kau mainlah mana-mana game, terutama sekali genre RPG, mati memang pasti berlaku dalam game tu. Biasanya, susah untuk kau menang tanpa mati dalam game macam ni. Tapi, mati macam mana sekalipun, watak kau akan dihidupkan semula dan boleh main semula seperti biasa. Cuma, dalam Final Fantasy 7 ni, apa yang buat kita sedih ialah apabila Aerith mati dan tidak boleh dihidupkan semula dan babak ini juga dikatakan babak yang mengejutkan dalam antara semua siri Final Fantasy.

3. GEARS OF WARS 2


Watak utama dalam game ini ialah Marcus Fenix. Tetapi wataknya tidaklah semenarik watak pasangannya iaitu Dominic Santiago. Dalam game ini, Dominic Santiago sebenarnya mempunyai misi yang sangat penting buat dirinya iaitu mencari isterinya yang hilang iaitu Maria. Berbagai halangan dan cabaran ditemui sepanjang usahanya mencari Maria. Akhirnya, dia bertemu dengan Maria di mana Maria berada dalam keadaan yang teruk akibat diseksa dan tidak kelihatan seperti Maria yang pernah dikenalinya dulu. Huhuhu. Memang sedih beb.

4. BROTHERS: A TALE OF TWO SONS


Game ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang terpaksa mengembara ke seluruh dunia demi mencari penawar untuk menyembuhkan ayahnya yang sedang sakit. Video game ini menceritakan tentang elemen kehilangan, pengalaman meningkat dewasa dan juga ikatan kekeluargaan. Apabila kau main game ni, kau kena bantu adik beradik ni berdepan dengan musuh dan melepasi halangan-halangan yang ada agar dapat menyelamatkan ayah mereka. Memang menyentap jiwa!

5. HALO REACH


Mungkin kau susah nak percaya game action ni boleh mendatangkan kesedihan. Macam game tembak menembak ni boleh buat orang sedih dan menangis? Ini akan terjadi apabila kau main game ni dan kau lihat di depan mata sendiri rakan-rakan kau akan rebah menyembah bumi satu demi satu. Kematian rakan-rakan kau dilihat seperti sangat real sehinggakan boleh mengganggu emosi kau untuk menjadi sedih dan mungkin akan menangis.

Itulah dia 5 video game yang dikatakan boleh buat kau sedih dan menangis masa memainkannya. Tapi ingat, ia perlu dimainkan dengan penuh penghayatan. Kalau kau main tanpa ada jiwa, memang susahlah nak rasa. Macam mana kau boleh feel masa tengok drama atau movie, macam tu jugaklah kau kena feel masa main video games ni supaya kau boleh rasa sedih. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan ye.

Monday, 18 July 2016

JOM TENGOK GAMERS NI BAGI MOTIVASI KAT KAU

Serius aku tak sangka! Aku tak sangka orang yang main video game ni boleh bagi motivasi kat kita. Aku baru lepas tengok video kat bawah ni. Bila aku tengok video ni, ia penuh dengan unsur-unsur motivasi dan pesanan-pesanan yang baik yang mampu menunjukkan bahawa kita boleh dapat faedah dengan bermain video game.

Video ini mengisahkan tentang 5 orang anak muda yang bertanding dalam pertandingan terhebat game DOTA yang digelar sebagai The International 5.  Dalam video ni kau boleh tengok dan ketahui cerita-cerita di sebalik kemenangan Pasukan Evil Geniuses yang berjaya merangkul hadiah kemenangan berjumlah 6.6 juta US dolar.

Kalau kau kaki gamers dan berniat serta berminat nak jadi profesional gamer, aku sarankan kau mulakan dengan tonton video ini. Tempoh video ni tak lama mana pun, tengoklah sampai habis dan hayatilah semua kata-kata profesional gamer dalam ni. Diorang ni sememangnya dah membuktikan bahawa kita boleh dapat faedah dengan bermain video game. Selamat menonton!


Sunday, 17 July 2016

5 CARA BAGAIMANA NAK KAWAL NAFSU MAIN GAME SUPAYA MENDATANGKAN FAEDAH

Macam mana nak kawal nafsu kau main video game ni? Ye, aku tau kau suka main game, tapi nafsu tu kau kena kontrol sikit. Kalau tak kontrol, kau bukan saja rosakkan diri sendiri, tapi orang sekeliling kau pun terlibat sekali.

Gagal kawal nafsu main game juga akan buat orang nampak kau main game ni sebenarnya tak ada faedah pun. Orang akan kata kau ni buang masa je.

Jadi, apa yang kau kena buat supaya nafsu kau dapat dikawal? Ok, kat sini aku kongsikan beberapa caranya ye.

Sumber gambar: www.iteration.info

1. MASA

Tolonglah set masa kau bermain. Tempoh yang sesuai ialah dalam masa 3 jam sahaja. Lebih dari tu, kau dah dikira ketagih. 

Sumber gambar: www.stocksy.com

2. BERSOSIAL

Luangkanlah masa dengan orang lain, dengan manusia. Kalau bujang, pergilah lepak dengan kawan-kawan. Kalau dah kahwin, lepaklah dengan isteri. Dah ada anak, bawaklah keluar jalan-jalan.

Sumber gambar: www.listaddicts.com

3. HOBI

Cuba cari hobi lain selain daripada main video game. Dengan adanya hobi lain taklah kau asyik fokus nak main game. Jadi, kau pun taklah rasa bosan habiskan masa lapang.

Sumber gambar: naturallyearthfriendly.com

4. TANGGUNGJAWAB

Tolonglah ingat tanggungjawab dan peranan kau. Benda ni sangat penting. Benda ni lah yang akan buat kau sedar bahawa hidup kau bukan untuk main game semata-mata.

Sumber gambar: www.teamprevent.co.uk

5. JUMPA KAUNSELOR

Kalau kau punya nafsu dah sampai tahap susah nak kawal, last solution ialah berjumpa kaunselor yang pakar dalam hal ni supaya dia dapat bantu selesaikan masalah kau. Jangan jumpa kaunselor sekolah dah lah.

Itulah dia 5 tip macam mana kau nak tangani nafsu main video game yang terlalu kuat ni. Bahaya weh kalau tak dikawal, silap haribulan boleh kena buang kerja, kawan-kawan pun tak suka kau dah dan yang paling teruk mungkin keluarga pun buang kau. So, tolonglah kawal nafsu kau tu agar orang nampak main game ni mendatangkan FAEDAH. Kalau kau rasa post aku ni bermanfaat, tolonglah share kat kawan-kawan kau yang lain ye.

Saturday, 16 July 2016

UNCHARTED 4: SEMEMANGNYA GAME TERBAIK UNTUK TAHUN 2016 (GRAFIKNYA MEMANG MERECIK)

Aku tak pernah main game Uncharted 4 ni lagi, tapi aku dah tengok gameplay ni dari awal sampai habis kat channel youtube The Rad Brad. Apa yang aku boleh katakan, game ni memang best. Bukan sekadar pada kualiti grafiknya yang sememang A++, tapi game ni mempunyai jalan cerita yang sangat kuat dan menarik. Pengeluar game ini iaitu Naughty Dog telah melakukan kerja dengan sangat baik di mana mereka begitu teliti dalam membina grafik ini dan kalau kau tengok game ni, persekitaran dalam game ini diberikan perincian yang cukup baik dan tidak fokus kepada watak utamanya sahaja.

Kalau kau rasa nak beli game Uncharted 4 ni, aku cadangkan kau tontonlah dulu gameplay game ni. Tengok sama ada dapat naikkan nafsu kau untuk main atau tidak. Kalau nafsu kau membuak-buak, cepat-cepatlah beli game ni. Nah, tengoklah game ni bermula dari episod yang pertama ni.


SUMAIL HASSAN: PEMAIN E-SPORTS TERMUDA YANG PERTAMA DI DUNIA MENCAPAI HADIAH 1 JUTA USD

Di kala remaja yang seusianya sedang seronok menghabiskan masa remaja seperti melepak dengan kawan-kawan, berjalan-jalan di shopping complex, menonton wayang filem-filem terkini, Sumail Hassan 17 tahun menghabiskan masanya dengan bermain DOTA.

Sumail Hassan (Sumber gambar: tribune.com.pk)

Sumail Hassan ada seorang pemain video game profesional yang mewakili pasukan Evil Geniuses dari Amerika Syarikat adalah pemain termuda dalam pasukan ini. Mula menyertai pasukan ini pada usianya 16 tahun dan berjaya membantu pasukannya memenangi pertandingan The International 5 di mana pasukannya mendapat hadiah berjumlah 6.6 juta US dolar.

Oleh kerana itu, pihak Guiness World of Record telah menganugerahkan Sumail Hassan sebagai pemain e-sports termuda yang pertama di dunia berjaya mendapat hadiah 1 juta US dolar.

Sumail menghabiskan masa selama 9 jam untuk bermain DOTA. Tapi bukan main saja-saja ye, Sumail berlatih ketika bermain DOTA. Dia perlu kerap berlatih agar dapat meningkatkan kemahirannya dan seterusnya membantu pasukannya memenangi setiap pertandingan yang disertai.

Sumail juga bijak membahagikan masa antara urusan akademik dan BERMAIN DOTA. Lagipun, Sumail berkata pembelajaran di sekolah tidaklah sesukar mana pun.

Sumail bersama pasukannya Evil Geniuses (sumber gambar: game.kapanlagi.com)

Oh ye, jangan ingat bila main game tak perlu bangun awal ye. Sebabnya, Sumail berkata bahawa benda yang paling malas dia nak buat apabila bergelar pemain e-sports profesional ialah perlu bangun awal untuk berlatih.

Apa-apa pun, aku doakan agar Sumail terus berjaya dalam bidang yang dia ceburi ni dan menjadi contoh kepada anak-anak muda lain yang mahu mengikut jejak langkah sepertinya. Selain itu, aku juga berharap kejayaan Sumail ni akan berjaya membuka mata ibu bapa di luar sana bahawa dengan sokongan dan dorongan yang betul, anak-anak kau boleh berjaya dalam dunia gaming ni yang sebenarnya ada memberi manfaat.

Thursday, 14 July 2016

4 TIP DAN PANDUAN MEMBELI GAME YANG MEMUASKAN HATI ANDA

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Aku harap korang semua sihat-sihat selalu. Bila korang sihat barulah bersemangat nak baca blog aku ni kan? Hahaha.

Ok, untuk hari ini aku nak share dengan korang beberapa tip ataupun panduan untuk beli video game untuk konsol korang. Panduan ni kira pentinglah juga untuk elakkan korang terbeli game yang boleh buat korang menyesal.

Jom kita sama-sama ketahui panduan untuk beli game pilihan korang.

1. TENGOK SCORE GAME YANG NAK DIBELI

Sumber gambar: gamespot.com

Aku biasanya sebelum nak beli game, aku akan tengok berapa score game tu kat internet. Laman web yang biasa aku jadikan rujukan ialah Gamespot.com. Kat situ korang boleh tengok berapa score ataupun rating yang diperolehi oleh game yang kau nak beli tu. Selain itu, kau jugak boleh baca reviu game tersebut. Dari situ, bolehlah korang buat keputusan nak beli game tu atau tak.

2. TENTUKAN GENRE PILIHAN

Sumber gambar: drprem.com

Pastikan juga kau pilih video game mengikut genre yang kau suka. Dengan memilih game mengikut genre pilihan korang, aku pasti korang akan seronok main game tu sampai tahap susah nak berhenti. Hahaha. Tengoklah kau minat genre apa, lumba kereta ke, bola ke, menembak ke dan lain-lain lagi.

3. TANYA KAWAN-KAWAN

Sumber gambar: confidentman.net

Korang juga boleh buat keputusan nak beli sesuatu game tu dengan bertanya kepada kawan-kawan. Zaman sekarang ni lagi senang dan mudah nak tanya. Contohnya macam dalam FB, korang boleh join group PS4 dan kat situ korang boleh tanyakan pendapat kan group members dalam tu. Dalam tu banyak otai, so diorang punya pendapat boleh bantu korang buat keputusan yang tepat.

4. ORIGINAL ATAU PIRATE?

Sumber gambar: indianvideogamer.com

Kalau korang nak yang terbaik, belilah yang original ye. Kata gamer sejati, gamer sejati mana beli yang pirate weh. Aku pernah beli game pirate, tak sampai habis level pun game tu. Bengang gila aku masa tu. Tapi yelah, nak buat macam mana, salah sendiri. Lepas tu aku taubat dah nak beli game pirate. Jadi, memang eloklah kau beli yang original ni. Lagipun, lepas habis main, kau boleh jual semula game tu pada harga yang berpatutan. Game ori ni ada value kau tau.

Haa, inilah dia 4 tip yang selalu aku guna sebelum aku putuskan nak beli mana-mana VIDEO GAME. Bila aku gunakan panduan ni, insyaAllah aku dapat pilih dan main game tu dengan penuh rasa seronok dan puas. Kalau ada kawan-kawan korang yang tengah kusut tak tau nak beli game apa, share lah tip ni kat diorang, maybe membantu diorang nanti.

Wednesday, 13 July 2016

5 VIDEO GAME YANG MENGEMBALIKAN NOSTALGIA ANDA DAN MASIH DIMINATI HINGGA KINI

Yaaa! Jumpa lagi kita weh. Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menulis lagi hari ini. Harap kau dah makan ye, solat pun jangan lupa.

Baiklah, masih lagi fokus kepada dunia video game kita. Dah nama pun blog game kan, takkanlah aku nak cerita pasa teknik menjahit. Hahaha.

Hari ini aku nak throwback balik sebab aku just nak share game-game lama yang pernah kita main dulu tapi masih lagi diminati hingga kini. Walaupun grafik game sekarang dah power, tapi game yang aku nak share ni masih ada orang main lagi tau.

Ok, tanpa membuang masa, jom kita tengok 5 game ini.

1. SUPER MARIO BROS

Sumber gambar: technewstoday.com

Game lagenda sepanjang zaman ni. Tak sah kalau rumah-rumah yang ada konsol video game, tak main Super Mario Bros ni. Nampak mudah untuk dimainkan, tapi agak tricky juga nak lepas beberapa stage. Masih boleh dimainkan pada konsol-konsol baru masa kini.

2. CONTRA

Sumber gambar: elctronicgameshow,com

Ini game legend gak ni. Sama macam Mario, game ni wajib kena ada kat rumah setiap gamer. Sedap main dua orang. Barulah senang nak lepas setiap stage. Yang buat lagi best, peluru dia ada macam-macam jenis. Bercabang ada, berpusing ada, macam laser pun ada. Power!

3. TONY HAWK PRO SKATER

Sumber gambar: kupdates.com

Game ni lah yang buat banyak budak-budak dulu minat sukan skateboard ni. Bila main game, terus rasa teruja nak buat skil sendiri. Game ni jadi syok main bila kita boleh sambung-sambung dia punya trick tu supaya dapat kumpul banyak point. Tapi pastikan jangan jatuh, kalau jatuh kena mula balik dari kosong.

4. HALO

Sumber gambar: youtube.com

Ni video game eksklusif untuk XBOX je. Tapi, game ni lah yang membantu menaikkan nama XBOX. Game ni jenis tembak-tembak lawan dengan Alien. Sehingga kini, HALO dah ada sampai 4 siri. Bagi pengguna XBOX, kau memang wajib main game ni.

5. CALL OF DUTY

Sumber gambar: moddb.com

Apa aku boleh katakan, ini adalah game perang sepanjang zaman ni. Main game ni memang buat kita malas angkat punggung. Nak kencing pun kita sanggup tahan sampai kena batu karang. Hahaha. Tapi tu lah, nak buat macam mana, game ni memang buat kita melekat walaupun watak dah mati banyak kali.

Ha, itulah dia 5 game sepanjang zaman yang pada pendapat aku masih dimainkan oleh kaki gamer ni. Selain daripada rasa seronok main VIDEO GAME ni, ia boleh kembalikan kenangan lalu masa dulu. Teringatlah zaman nakal kanak-kanak dulu. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni best, jangan lupa share dengan kawan-kawan kau tau.

Tuesday, 12 July 2016

4 CARA MUDAH MACAM MANA NAK JADI PEMAIN VIDEO GAME PROFESIONAL

Yo, apa cerita semua? Dah start kerja ke? Aku harap kau tak lemau la bila dah start kerja ni. Ye aku tau raya tak habis lagi, tapi kita kan ada tanggungjawab, so, kenalah kerja beb. Hahaha.

Ok, hari ni aku kongsi satu perkara pulak. Mana tau dengan perkongsian ni dapat bantu kau jadi manusia yang lebih baik.

Kenapa aku kata jadi manusia yang lebih baik? Sebab, kalau kau dah bosan dengan kerja kau, maybe kau boleh cuba karier baru ni.

Hari ni aku nak share dengan kau cara macam mana nak jadi pemain video game profesional. Semalam kan aku ada kongsi tentang professional gamers yang buat duit sampai juta-juta kan? So, hari ni aku nak share cara basic dia untuk sampai ke tahap tu.

Jom kita sama-sama tengok apakah dia 4 cara tersebut.

Sumber gambar: 4playernetwork.com

1. FOKUS PADA SATU GENRE GAME

Ok, ini yang paling penting. Jangan caca merba, jangan kalut, jangan gelojoh. Pilih betul-betul satu genre game yang kau betul-betul nak dan minat. Kalau minat menembak, pilih game menembak. Minat berlumba, pilih game berlumba. Minat sukan, pilih game sukan dan begitulah seterusnya. Memilih genre yang tepat akan bantu kau jadi lebih fokus untuk membina karier sebagai professional gamer.

Sumber gambar: wikihow.com

2. BELAJAR DENGAN EXPERT

Kat mana nak belajar? Tengok kat youtube je bang. Ye, betul! Berlambak video yang expert main game ni kat youtube tu. So, kau belajarlah skil-skil diorang tu. Dah belajar tu, jangan lupa, kau pun kena implement gak. Jangan setakat tengok je, tapi tak berlatih. Bila sangkut, rujuk balik video-video tu.

Sumber gambar: nydailynews.com

3. TRAINING DENGAN KAWAN-KAWAN

Lepas tu, kau kena rajin training main game ni dengan manusia lain. Susah kau nak berjaya kalau main sorang-sorang. Ajak kawan-kawan. Selain daripada jadi peneman, diorang juga boleh uji skil dan kebolehan kau sampai tahap mana. Dari situ barulah kau tau skil kau sebagai pemain video game profesional kat tahap mana. Bergantung pada AI semata-mata tak cukup, sebab manusia ni skil dia lagi power dari AI. We are unlimited! Hah, cakap Inggeris kau. Hahaha.

Sumber gambar: flickr.com

4. DAPATKAN AKSESORI YANG TERBAIK

Untuk permulaan, kau boleh gunakan peralatan dan aksesori sedia ada kau. Tapi, bila skil kau meningkat, aksesori kau pun kena meningkat sebab benda-benda ni lah akan melancarkan pergerakan kau semasa bermain game. Dia macam orang main bola lah, bila dah profesional, dia kena pilih but yang terbaik supaya dia boleh lari pantas dan buat sepakan yang padu dan tepat. So, samalah macam kau yang nak jadi professional gamers weh!

Ha, itulah dia 4 cara yang kau boleh follow kalau nak jadi PEMAIN VIDEO GAME PROFESIONAL. Cuba kau amalkan, manalah tau kau boleh capai apa kau nak. Macam biasa, kalau kau suka dengan artikel aku ni, share lah kat kawan-kawan kau. Mana tau kau boleh develop team dengan kawan-kawan kau nanti. Nak jadi professional gamers ni, kalau gerak dalam satu team baru power weh!

***

Nak beli PS4? KLIK SINI

Nak beli XBOX ONE? KLIK SINI

Monday, 11 July 2016

10 PEMAIN VIDEO GAME PROFESIONAL DENGAN BAYARAN TERTINGGI DI DUNIA (KAYA GILA BEB!)

Ya, semalam aku dah termiss post artikel untuk blog aku ni. Semalam agak kelam kabut sebab aku bangun lewat. Hari ni aku bangun awal sebab tengok bola Portugal lawan Perancis, untuk final EURO 2016. Tapi sayang, Ronaldo keluar awal lak sebab cedera.

Ok, untuk artikel kali ni aku nak kongsikan dengan kau tentang pemain-pemain video game profesional yang dah buat duit banyak gila. Diorang ni dah buktikan bahawa dengan bermain video game sahaja diorang mampu buat duit dan jadikan karier.

Jom kita tengok senarai 10 pemain video game profesional yang menerima bayaran tertinggi di dunia.

Sumber gambar: dotablast.com

1. PETER DAGER - 2.164 JUTA USD

Berasal dari Amerika Syarikat dan baru berusia 24 tahun. Sudah menyertai 51 pertandingan video game dan sudah menjuarai 19 kali daripada jumlah pertandingan yang disertai.

Sumber gambar: dotablast.com

2. SAAHIL ARORA - 2.157 JUTA USD

Berusia 26 tahun dan sama seperti Peter Dager, beliau berasal dari Amerika Syarikat. Sudah menyertai 48 pertandingan dan menjadi juara sebanyak 17 kali. Semua duit yang dimenanginya hasil daripada bermain game DOTA.

Sumber gambar: dvdgameonline.com

3. CLINTON LOOMIS - 1.929 JUTA USD

Beliau berasal dari Amerika Syarikat dan kini berusia 28 tahun. Telah menyertai 53 pertandingan dan menjadi juara sebanyak 19 kali. Game yang beliau main ialah DOTA dan juga Defense of The Ancients.

Sumber gambar: dotablast.com

4. KURTIS LING - 1.883 JUTA USD

Berasal dari Kanada dan kini berusia 23 tahun. Telah menyertai 50 pertandingan dan berjaya menjadi juara sebanyak 11 kali. Semua duit kemenangan diperolehi daripada bermain game DOTA.

Sumber gambar: dotablast.com

5. SUMAIL HASSAN - 1.834 JUTA USD

Rasanya, dia ni paling muda kot. Baru berusia 17 tahun dan sudah memasuki 17 pertandingan dan pernah bergelar sebagai juara. Baru 2 tahun sahaja berkecimpung dalam bidang ini dan bermain game DOTA.

Sumber gambar: dotablast.com

6. ZHANG NING - 1.662 JUTA USD

Berasal dari China dan main dua game iaitu DOTA dan juga Defense of The Ancients. Sudah menyertai 44 pertandingan dan menjadi juara sebanyak 14 kali. 

Sumber gambar: esportsbusinessdevelopment.com

7. CHEN ZHIHAO - 1.583 JUTA USD

Berusia 25 tahun dan sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 7 tahun. Sudah menyertai 51 pertandingan dan menjadi juara sebanyak 15 kali. Bermain dua game iaitu DOTA dan Defense of The Ancients.

Sumber gambar: dotablast.com

8. CLEMENT IVANO - 1.284 JUTA USD

Gamer ini berasal dari Estonia dan berusia 25 tahun. Sudah menyertai 68 pertandingan dan menjadi juara 36 kali - satu pencapaian yang mengagumkan. Bermain DOTA dan juga Defends of The Ancients.

Sumber gambar: 2p.com

9. JIAO WANG - 1.217 JUTA USD

Berasal dari China dan sudah berada dalam bidang ini selama 6 tahun. Sudah bergelar juara sebanyak 15 kali daripada 43 pertandingan yang disertai.

Sumber gambar: esports.vn

10. ZHANG PAN - 1.214 JUTA USD

Sudah menghasilkan jutaan dolar sejak menyertai bidang ini 6 tahun yang lalu. Daripada 41 pertandingan yang disertai, beliau sudah bergelar juara sebanyak 9 kali. Bermain DOTA dan juga Defends of The Ancients.

Itulah dia, maka lengkaplah sudah senarai nama professional gamers yang telah berjaya menghasilkan jutaan dolar USD (bukan ringgit tau!) sepanjang mereka bermain game. Ha, terbuktikan main game pun boleh buat duit, betul tak? Tapi ingat satu benda ni, mereka ni main secara serius kerana ia adalah kerjaya mereka. 

Kalau kau main nak seronok-seronok, susah juga kau nak buat duit. Segala kejayaan yang mereka kecapi ni adalah hasil usaha yang sangat kuat dan bukan boleh dicapai dengan mudah. Jadi, kalau kau nak jadi macam diorang ni, mainlah VIDEO GAME secara serius dan cubalah tetapkan matlamat kau untuk capai apa dalam dunia gaming ni. Macam biasa, kalau kau rasa bermanfaat, share lah artikel aku ni ye.

Info ini diperolehi daripada: www.gameskinny.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...