Ini dia, satu penemuan power pasal bermain video game. Hahaha. Nak jadi bijak? Kacak? Cantik? Sihat? Takyah makan collagen ataupun sapu krim ataupun makan kismis minda, kau main je video game, dah boleh dapat semua tu. Kahkahkah!
Dari hari ke hari, aku akan terus menyelongkar kebaikan dan kelebihan main video game ni. Aku nak semua orang tahu, main game ni tak semestinya bagi kesan yang tak elok. Sebab tu aku berusaha cari info nak kongsikan dengan kau orang semua supaya kau orang semua boleh main game dan dapat manfaat.
Jadi, tanpa membuang masa, jom tengok 6 sebab bagaimana dengan bermain video game ni boleh buat kau jadi lagi bijak, kacak, cantik dan sihat.
Sumber: gamerant.com |
1. PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG LEBIH TEPAT
Satu hasil kajian di University of Rochester mendapati, individu-individu yang bermain game bergenre action and adventure mampu untuk membuat keputusan 25% lebih tepat berbanding individu-individu yang bermain game genre lain.
Sumber gambar: ps4home.com |
2. MENINGKATKAN MEMORI, FOKUS DAN KEMAHIRAN 'MULTITASKING'
Apabila kau bermain video game pasal kereta seperti Need For Speed ataupun Grand Tourismo, sebenarnya ia akan menguji memori dan fokus kau selain perlu menggunakan kemahiran multitasking. Bila membawa kereta dengan laju di dalam game tersebut, untuk memastikan kau sentiasa di hadapan, kau perlu fokus agar tidak melanggar halangan yang boleh slow down kan kereta kau. Masa ni, kemahiran multitasking diperlukan bila kau perlu tengok skrin dan dalam masa yang sama mengawal controller.
Sumber gambar: electronics.howstuffwork.com |
3. MENGGALAKKAN PERGERAKAN BADAN
Selama ni kita asyik dengar orang yang main game ni, akan duduk je depan game berjam-jam lamanya. Tapi sekarang Video Game dah berubah beb. Kau juga boleh bersenam bila bermain game. Contohnya main game dengan konsol Nintendo Wii. Dalam Nintendo Wii ni, kau boleh main game seperti golf, tennis, bowling, boxing dan lain-lain lagi di mana game ni memerlukan kau bergerak dan bukan lagi duduk atas sofa dan main game sambil makan karipap.
Sumber gambar: pcgameshardware.de |
4. PENGLIHATAN MENJADI LEBIH BAIK
Sekali lagi, kajian dari University of Rochester telah membuktikan bahawa apabila kau main game, terutama sekali game action - first person shooter, kamu mampu meningkatkan daya penglihatan kau. Game action - first person shooter ini akan menjadikan pandangan kau lebih sensitif terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kau.
Sumber gambar: guides.gamepressure.com |
5. MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN
Main video game juga sebenarnya sangat membantu kita untuk menambah ilmu pengetahuan. Game bergenre adventure akan memperkenalkan benda-benda baru yang jarang kita temui sebelum ini. Macam aku, pernah main game Batman: Arkham Origin di mana aku dapat belajar sedikit tentang ilmu-ilmu penyiasatan di tempat kejadian. Walaupun tak banyak, tapi at least aku tau lah proses kerjanya.
Sumber gambar: news.islandcrisis.net |
6. MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK
Kau tahu tak, main game ni sebenarnya boleh bantu kau jadi orang yang lebih baik. Kau akan buat keputusan yang lebih waras dan juga beretika di mana kau boleh implement dalam real life kau. Game yang bergenre strategi mampu untuk bantu kau dalam hal ini. Cubalah main dan lihat apa perubahan yang boleh berlaku.
Itulah dia 6 sebab bagaimana VIDEO GAME boleh bantu kau jadi lagi bijak, cantik, kacak dan sihat. Aku harap, dengan perkongsian ni buat kau lagi bersemangat nak main game. Oh ye, macam biasa, kalau kau rasa post ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan kau ye.