Friday, 24 June 2016

8 SEBAB BAGAIMANA BERMAIN VIDEO GAMES BOLEH BUAT BOS SUKA PEKERJA MACAM ANDA

Dalam blog ini kalau kau nak tau, aku akan cerita benda positif sahaja pasal main video games. Cukup-cukuplah cerita benda negatif pasal main video games ni. Aku dah taknak buat orang takut main video games ni. Aku nak orang suka, orang bersemangat, orang rasa hebat bila dia main video games ni. Termasuklah orang yang dah bekerjaya.

Untuk artikel kali ini, aku cuba nak tunjukkan kat orang ramai di luar sana bahawa bermain video games ini mampu memberi kesan yang baik kepada kerjaya anda. Ada orang yang dah bekerja terpaksa lupakan hal video games dia sebab ramai sangat dok kata main video games ni benda tak elok. Ish... Jadi, aku nak buktikan kepada orang di luar sana bahawa main video games ni benda baik dan akan bagi kesan baik kat kau. Jom baca 8 sebab bagaimana bermain video games boleh buat bos kau lagi suka kat kau.

Sumber gambar: www.lifehack.org

1. KEPIMPINAN

Bermain video games boleh membantu melatih sifat kepimpinan dalam diri kau. Contohnya, dengan bermain video games, kau boleh belajar tentang pengurusan strategi, pembuatan keputusan yang tepat, bagaimana membuat persediaan yang bagus dan lain-lain lagi.

Sumber gambar: www.youtube.com

2. TIDAK BERPUTUS ASA

Selain itu, bermain video games juga boleh melatih kau supaya tidak mudah berputus asa. Walaupun kalah ketika bermain video games, kau akan berusaha untuk bermain lagi sehingga berjaya. Kau juga akan mengkaji strategi yang buat kau kalah dan cari strategi baru untuk memastikan kau menang.

Sumber gambar: www.emaze.com

3. KERJASAMA BERPASUKAN

Percaya atau tidak, melalui video games juga boleh mengajar kau tentang kerjasama berpasukan. Kadangkala, apabila kau bermain video games dan sukar mendapat kemenangan, kau perlukan bantuan rakan-rakan yang mempunyai skil berbeza agar dapat membantu kau mendapat kemenangan.

Sumber gambar: www.qualtrics.com

4. BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK

Apabila bermain video games, ia mempunyai tahap-tahap kesukaran yang berbeza-beza. Setiap tahap ini, memerlukan cara bermain dan cara berfikir yang berbeza untuk menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi. Jadi, apabila kau temui cabaran yang berbeza, kau terpaksa berfikir dan bertindak dengan lebih baik untuk melepasi cabaran tersebut.

Sumber gambar: www.faqhow.com

5. MENJAGA PRESTASI

Setiap video games pasti memaparkan jadual prestasi setiap kali kau menghabiskan satu-satu tahap dalam video games yang anda main. Dengan melihat jadual prestasi ini, kau boleh menilai diri sendiri dan cuba untuk mendapatkan markah prestasi yang lebih baik.

Sumber gambar: www.spi-global.com

6. SEDIA MENGHADAPI CABARAN

Ramai orang di tempat kerja sebenarnya takut berdepan cabaran kerana mereka takut tak berjaya. Tapi berbeza dengan orang yang suka main video games macam kau. Kau lagi teruja dan lagi bermotivasi apabila menemui cabaran baru di tempat kerja, sama macam ketika kau main video games.

Sumber gambar: www.powerhomebiz.com

7. PERSAINGAN SIHAT

Ada sesetengah video games yang kau boleh hubungkan dengan pemain-pemain lain di luar sana melalui internet. Di sini, kau boleh bersaing sesama mereka dalam video games yang kau main. Kau dan pemain-pemain di luar sana akan bersaing secara sihat untuk mengatasi antara satu sama lain.

Sumber gambar: business.uic.edu

8. PENGURUSAN MAKLUMAT

Terdapat juga beberapa video games yang boleh membantu kau belajar menguruskan sejumlah maklumat, contohnya seperti video games yang bergenre strategi. Video games seperti ini memerlukan kau mengumpul maklumat untuk membina strategi yang lebih baik untuk berjaya.

Haa... Itulah dia 8 benda baik yang kau boleh belajar bila main VIDEO GAMES ni. Kau nampak tak, video games ni takkan ganggu prestasi kerja kau kalau kau boleh tahu faedah yang diperolehi. Aku harap, dengan artikel-artikel yang aku tulis dalam blog ni, aku ubah persepsi negatif orang-orang di luar sana pasal video games. Oklah, kalau kau orang rasa artikel aku ni bermanfaat, tolonglah share dengan kawan-kawan kau orang ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...