Hari ni aku nak share dengan kau orang semua yang suka main video game ni, apakah yang seronoknya main game dengan kawan-kawan berbanding main seorang diri. Ada antara kita yang suka sangat main game seorang diri padahal main game dengan kawan-kawan tu lebih seronok sebenarnya.
Bermain video game ni sepatutnya dipaparkan sebagai alat untuk membina hubungan sosial yang lebih baik. Dengan menggalakkan bermain bersama kawan-kawan, kita dapat buktikan bahawa video game ni bukan buat kita lebih jauh daripada hubungan kemanusiaan, tapi buat kita jadi lebih rapat. Sebab tu, aku dah sediakan 4 sebab kenapa kau patut main video game dengan kawan-kawan.
Sumber gambar: michealhyatt.com |
1. LEBIH MERIAH
Bila kau main game dengan kawan-kawan ni suasana akan menjadi lebih meriah berbanding sunyi sepi sewaktu kau main seorang diri. Kawan-kawan akan menyokong kau ketika bermain game dan kau pula akan menyokong mereka sewaktu mereka pula bermain. Kadang-kadang juga diselitkan sedikit ejekan agar suasana bermain game itu menjadi lebih seronok. Tapi hati-hati, jangan melebih sangat, nanti ada yang sentap, dah taknak main dengan kau lagi.
Sumber gambar: psmag.com |
2. MENINGKATKAN KEMAHIRAN
Selain itu, kau juga mampu untuk meningkatkan kemahiran kau bermain video game. Bila main seorang diri, kau cuma boleh berlawan dengan komputer sahaja yang mempunyai tahap kesukaran yang bila kau main selalu kau dah boleh jangka gerakannya. Tetapi, bila main dengan manusia yakni kawan-kawan kau, kehebatan mereka bermain adalah sesuatu yang tak dijangka dan ia berubah-ubah. Jadi ini akan memberikan cabaran dan akan buat kemahiran kau meningkat sebab kena usaha kuat untuk kalahkan kawan kau.
Sumber gambar: geekti.me |
3. HUBUNGAN YANG LEBIH RAPAT
Bermain video game bersama-sama rakan-rakan ni, ia sebenarnya satu peluang untuk berkumpul bersama dan mengeratkan silaturrahim. Jika selama ni hanya sekadar melepak di kedai mamak, tapi dengan main video game bersama, aktiviti melepak tu menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Kadangkala, sewaktu bermain video game inilah kau dapat lihat perangai sebenar kawan-kawan. Kau boleh lihat siapa yang cool atau baran bila kalah.
Sumber gambar: shutterstock.com |
4. BERKONGSI IDEA
Kehadiran kawan-kawan sewaktu bermain video game juga sebenarnya boleh menjadi pembantu kau untuk selesaikan masalah-masalah tertentu ketika bermain game. Yelah, kan ada game yang agak mencabar kan? So, bila ada kawan-kawan ni, mereka dapat bagi idea untuk kau selesaikan cabaran dalam game yang kau main tu. Jadi, tak adalah kau makin tertekan sebab tak dapat selesaikan masalah tu.
Haa... Itulah dia 4 pandangan aku tentang kenapa kau patut main VIDEO GAME dengan kawan-kawan berbanding main seorang diri. Aku harap, lepas ni kau akan jadi lebih happy bila main game dengan kawan-kawan. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni ada manfaat, jangan lupa share kat kawan-kawan kau orang ye.
No comments:
Post a Comment