Ada ke cara nak bermain video game dengan betul ni? Biar betul aku ni kan? Hmm... Sebenarnya, memang ada cara untuk bermain video game dengan betul. Kenapa aku kata ada?
Sebab, kalau tak ada cara main video game dengan betul, ia akan mengganggu konsentrasi kau ketika bermain game. Kau akan dapat gangguan yang akan menyebabkan kau rasa tak selesa semasa bermain video game. Jadi, memang ada caranya kalau kau nak main video game dengan betul.
Jom tengok 4 cara macam mana nak main video games dengan betul. Jom!
1. POSISI DUDUK
Pastikan kau pilih cara duduk yang selesa ketika kau bermain. Kenapa duduk pun kena selesa? Sebab ia akan ganggu fokus kau ketika main video game tu. Tapi, ada sesetengah orang lebih selesa main sambil baring, jadi terpulang kepada individu masing-masing nak main macam mana pun. Yang penting, tak ganggu fokus kau.
2. TIADA GANGGUAN
Pastikan masa kau nak mula main video games tu, kau bebas daripada sebarang gangguan. Janganlah masa tu kau nak berwhatsapp lah, ber-wechat lah, nak memasaklah, nak seterika bajulah dan sebagainya. Fokus betul-betul kepada video game yang kau nak main. Baru senang kau nak menang. Nanti bila kalah, kau salahkan orang lain lak.
3. MOOD TENANG
Masa nak main video game ni, mood kau kena tenang. Kalau tengah beremosi, elakkan main game yang susah nak menang. Main game yang menyeronokkan dan membahagiakan kau. Kalau kau main game susah, dan asyik kalah, aku bimbang konsol game kau tu kau akan pecahkan sebab emosi teruk sangat.
4. MASA YANG SESUAI
Tengok masa juga masa nak main tu. Kalau main video game jenis mudah, takpe jugak jika dimainkan dalam masa yang suntuk. Tapi kalau game yang kau main tu perlukan masa yang lama, elakkan main dalam masa yang suntuk. Katalah game tu untuk setelkan satu stage perlukan masa sejam, ni kau lagi 30 minit nak pergi kenduri kahwin baru nak main, lepas tu takleh save, aku rasa buang masa je main. Nanti kau lagi tension sebab kena main semula.
Itulah dia 4 cara main video game yang betul, bagi akulah ye. Sebab aku rasakan, bila nak main game, aku akan jaga 4 benda ni. Kalau ada yang tak complete, memang aku tak mainlah. 4 benda ni kira macam set pelengkaplah, takde satu, tak jadilah dia. Oklah, kalau kau orang rasa benda ni bermanfaat, jangan lupa share ye!
No comments:
Post a Comment