Wanita, terutama sekali yang sudah bergelar isteri, sebenarnya, cukup tak suka jika suaminya bermain video games. Kenapa tak suka? Kerana, mereka merasakan bahawa suami mereka lebih banyak meluangkan masa dengan video games dan mereka juga merasakan bahawa suami mereka sudah tidak mementingkan mereka.
Hui, ni bahaya ni kalau suami dah sampai tahap macam tu. Bukan apa, kalau macam tu lah keadaan suami bermain video games, memang boleh meletus perang dunia. Mesti hari-hari nak gaduh sebab suami lebih fokuskan kepada video games. Hal ini juga akan menyebabkan kumpulan anti-video games menghasut orang ramai supaya membenci video games.
Rilek-rilek. Setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Tak perlu nak benci-benci pun. Ada masalah, kita selesaikan cara baik. Video games tak pernah jadi masalah, yang bermasalah adalah diri sendiri. Jadi, kepada para suami, cuba ubah sikap tu menggunakan cara-cara di bawah.
Sumber gambar: www.wikihow.com |
1. WUJUDKAN HAD MASA BERMAIN VIDEO GAMES
Kepada para suami, jika anda tak nak isteri marah kat anda, buatlah had masa untuk anda bermain video games. Tempoh masa yang sesuai untuk bermain video games adalah 2 jam sehari. Selebihnya, luangkanlah masa dengan isteri anda. Dengan meluangkan masa bersama isteri anda, ini dapat menunjukkan bahawa dia adalah lebih penting berbanding video games anda. Bila dia dah seronok, dah puas hati, barulah sambung main video games balik.
Sumber gambar: listcrux.com |
2. DENGAR MASALAHNYA
Mendengar masalah yang dihadapi isteri ini bukanlah sekadar mendengar sahaja. Tetapi, suami haruslah mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh isteri. Kenapa suami perlu dengar masalah isteri? Sekali lagi, faktor utama yang menyebabkan suami perlu mendengar masalah isteri ialah supaya dia rasa dia penting dalam hidup suami. Yelah, lagipun, kat siapa nak mengadu selain daripada suami sendiri kan? Jadi, cubalah dengari masalah dia.
Sumber gambar: www.lovex.co.uk |
3. BERITAHU KENAPA ANDA SUKA MAIN GAMES
Suami mungkin akan beritahu bahawa dia suka main video games sebab itu adalah hobinya. Tapi, cuba cari sebab yang lebih baik daripada itu. Wanita agak kompleks cara berfikirnya, jadi suami kena beritahu sebab yang lebih kukuh dan lebih baik kepada isterinya. Berikan sebab musabab yang menyebabkan isteri anda akan merasakan bahawa bermain video games sebenarnya memang bagus untuk anda. Mungkin boleh kaitkan dengan hal kerja ataupun urusan kehidupan anda yang lain. Terpulanglah kepada kreativiti anda.
Sumber gambar: www.flyinheaven.com |
4. PERBANYAKKAN AKTIVITI BERSAMA-SAMA
Kadangkala, isteri bukan saja mahu sekadar berbual-bual di rumah. Mungkin dia mahu suami bawa dia pergi dating seperti zaman sebelum berkahwin. Mungkin dia mahu tonton wayang bersama. Mungkin dia mahu candle light dinner. Jadi, sebagai suami, anda perlu tahu apa yang isteri anda mahukan, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh gembirakannya. Isteri, apabila berada dalam mood gembira, dia akan mudah terima dan setuju andainya suami mahu lakukan suatu perkara. Dalam hal ini, dah tentulah bermain video games.
Sumber gambar: www.familyshare.com |
5. INGAT TANGGUNGJAWAB
Suami harus sedar, apabila sudah berkahwin, anda sudah pegang tanggungjawab yang besar. Berkahwin juga adalah lambang anda bersedia untuk memberikan komitmen. Jadi, nak atau tidak, isteri haruslah menjadi keutamaan berbanding bermain video games. Bukanlah meminta anda meninggalkan video games terus, tapi janganlah sampai lupa tanggungjawab anda pada isteri. Bak kata orang putih, "Master the game, don't let the game master you." Ingat tu.
Haa... Aku harap, dengan 5 perkongsian ni, bila para suami baca, cubalah amalkan. Anda nak main video games lagi kan? Jadi, kalau nak ISTERI HAPPY dan kau boleh main video games dengan tenang, usahalah buat seperti apa yang aku cadangkan ni. Kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat untuk para suami kaki gamers kat luar sana, jangan lupa share ok.
No comments:
Post a Comment