Wednesday, 22 June 2016

5 CARA UNTUK MENGELAKKAN KESAN BURUK AKIBAT BERMAIN VIDEO GAMES

Ramai yang di luar sana yang suka mengatakan bahawa bermain video games ni boleh bagi kesan buruk. Yup, ada benarnya di situ. Tapi itu akan terjadi jika pencegahan tidak dibuat dari awal. Kalau kau ada buat langkah-langkah pencegahan, jangan risau, tiada kesan buruk pun kau akan dapat sebab main game ni.

Nah, aku ada sediakan 5 cara untuk kau cegah daripada dapat kesan buruk akibat main video games. Kau amalkan dan buktikanlah kepada orang-orang di luar sana bahawasanya main video games ni tak ada bagi kesan buruk pun.

Sumber gambar: zahirabdul04.wordpress.com

1. MAIN GAME IKUT RATING

Kan kat setiap video games tu dah ada bagi rating umur kan? Ada yang budak 5 tahun ke atas boleh main, ada yang 13 tahun ke atas boleh main dan ada yang 18 tahun ke atas boleh main. Kenapa rating ni diletakkan? Sebab ia menentukan tahap pemikiran setiap player. Games yang ganas, memerlukan pemikiran common sense yang baik. Contohnya, macam video game Grand Theft Auto, player yang dah berusia 18 tahun ke atas boleh tahu bahawa setiap aksi dalam game tu tak sesuai dibuat dalam dunia realiti. Tapi, kalau budak-budak bawah 18 tahun yang main, dikhuatiri, dia akan ikut bulat-bulat seperti mana yang dipaparkan dalam game. Jadi, pastikan, game yang kau nak main tu ikut rating dia.

Sumber gambar: itunes.apple.com

2. SET JADUAL MASA

Yup, kau kena set jadual masa untuk bermain video games. Dalam sehari ada 24 jam, takkanlah kau nak main game sampai 24 jam. Kalau sampai tahap macam tu, no wonder orang kata main video games ni bagi kesan buruk weh. Set lah satu hari main dalam 2 ke 3 jam dah lah. Lagipun, takkanlah kerja kau main video games je, kau tak kerja ke?

Sumber gambar: commons.wikipedia.org

3. BUAT AKTIVITI LAIN

Selain daripada bermain video games, kau juga kena cuba untuk buat aktiviti lain juga. Kau kena ingat, kau hidup dalam dunia ni bukan antara kau dan video games sahaja, ada benda lain kau kena buat juga supaya dapat pengalaman berbeza. Main video games mungkin boleh buat kau jadi seorang problem solver yang bagus, tapi kalau kau ada buat aktiviti lain seperti bermain futsal, boleh jadikan kau seorang yang sihat tubuh badan.

Sumber gambar: uglyhousphotos.com

4. JANGAN PASANG VIDEO GAMES DALAM BILIK TIDUR

Silap besarlah kalau pasang video games dalam bilik tidur, memang kau tak tidurlah jawabnya. Pasang video games dalam bilik tidur akan buat kau lagi nak main game kegemaran kau. Padahal, bilik tidur ni tempat kau berehat, nak tidur. Pasanglah video games kau kat luar bilik tidur. Main kat situ sudah. Ni nanti, bila nak tidur, time tu lah kau capai joystick lepas tu sambung main lagi. Peh, memang teruk lah kalau macam tu.

Sumber gambar: kaliforniaentertainment.com

5. INGAT TANGGUNGJAWAB

Ok, yang ni kau kena tengok peranan yang kau pegang dalam hidup kau. Sebagai bapa ke, sebagai suami ke, sebagai anak ke, sebagai pelajar ke, sebagai pekerja ke dan sebagainya. Ingat apa tanggungjawab kau. Laksanakan tanggungjawab kau dengan baik. Lupakan seketika hal video games dan cuba tunaikan kerja kau dengan baik. Bukan lama pun nak kena buat, lepas tu, kau mainlah game kau balik dalam masa yang telah ditetapkan. Ok?

Itulah dia 5 cara mencegah mendapat kesan buruk daripada main video games ni. Kalau kau amalkan, insyaAllah main VIDEO GAMES ni takkan bagi masalah kat kau. Kalau kau rasa artikel aku ni ada manfaat, tolonglah share ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...