Friday, 24 June 2016

5 CARA BAGAIMANA VIDEO GAMES MENJADIKAN ANAK ANDA PELAJAR YANG COOL DI SEKOLAH

Ha, ni lagi satu topik yang menakutkan ibu bapa pasal video games. Ramai ibu bapa sebenarnya bimbang video games akan bagi kesan buruk kat anak-anak mereka dan seterusnya mengganggu prestasi akademik. Sebenarnya, video games ni tak salah apa-apa pun kalau kita boleh kawal dia. Kita yang buat video games, bukan video games buat kita, so, dah tentu kita yang boleh kawal dia.

Dengan berpegang kepada objektif kewujudan blog ni iaitu nak menampakkan sisi positif video games, maka aku akan kongsikan dengan pembaca yang bergelar ibu bapa tentang 5 cara macam mana nak jadi anak anda pelajar yang cool, awesome dan power kat sekolah. Jom baca.

Sumber gambar: web-japan.org

1. AKTIVITI BERSOSIAL

Bermain video games boleh membantu anak anda membina kemahiran sosial mereka. Mereka akan jadi mudah bergaul dengan orang lain tanpa rasa kekok. Ini kerana, anda boleh menggalakkan anak anda bermain video games bersama rakan-rakan mereka di mana mereka bekerjasama dan berkomunikasi untuk mencapai objektif video games yang dimainkan oleh mereka. Selain itu, ia juga membantu menambah keyakinan dalam diri anak-anak anda.

Sumber gambar: parentedge.in

2. MENINGKATKAN PEMIKIRAN KRITIKAL

Apabila bermain video games, anak-anak anda perlu menggunakan pemikiran mereka dengan baik andainya nak melepasi setiap cabaran yang ada dalam video games yang mereka main. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif agar dapat mencapai objektif video games yang dimainkan. Kemahiran ini sangat penting untuk digunakan semasa sesi persekolahan anak-anak anda.

Sumber gambar: www.popsugar.com

3. BUAT ANAK GEMBIRA DAN TIADA TEKANAN

Bermain video games adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak anda. Apabila anak-anak anda gembira, ini dapat mengurangkan risiko sama dari segi mental, rohani dan juga jasmani mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan memori anak-anak dan seterusnya membantu mereka membuat keputusan dengan baik. Ini semua boleh berlaku apabila anak-anak anda gembira.

Sumber gambar: www.parents.com

4. BELAJAR MENGIKUT TAHAP

Apabila bermain video games, ia membantu anak-anak untuk belajar mengikut tahap pemahaman mereka. Setiap pelajar yang ada di sekolah mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Ada yang cepat faham, ada yang lambat faham. Video games membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara mengikut tahap pemahaman mereka. Andainya anak anda jenis lambat faham, tahap kesukaran sesuatu video games dapat dikurangkan agar anak anda boleh faham objektif games yang dimainkan.

Sumber gambar: www.sheknows.com

5. PENDEDAHAN TEKNOLOGI

Video games turut membantu mendedahkan kemajuan teknologi kepada anak-anak anda. Ini sebenarnya dapat merangsang mereka untuk memiliki cita-cita yang mungkin berkaitan dengan teknologi dan seterusnya mencerahkan lagi peluang kerjaya mereka apabila dewasa nanti.

Itulah dia 5 faedah yang ibu bapa dapat perolehi apabila anak-anak bermain VIDEO GAMES. Namun begitu, ibu bapa perlu juga memantau anak-anak apabila bermain video games. Jangan biarkan mereka bermain terlalu lama. Jadi, peranan ibu bapa juga sangat penting dalam hal ini. Ok, macam biasa, jika kau rasa artikel aku bermanfaat, jangan lupa share dengan orang lain ye.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...