Sony Playstation adalah konsol video game yang sudah popular sejak sekian lama. Bermula dari zaman PS One hinggalah ke Playstation 4 sekarang. Ia telah berjaya dijual sehingga puluhan juta unit di seluruh dunia. Aku percaya, ramai yang dah memiliki PS4 ni. Tapi, bagi yang belum beli lagi PS4 ni, mungkin kau akan beli konsol ni selepas baca 4 sebab power kenapa kau kena beli jugak PS4 tahun ni.
Aku tak tau apa yang buat Sony ni bermurah hati sangat sampai depa sanggup cut price bagi PS4 ni. Kau boleh search kat internet sendiri berapa harga PS4 sekarang ni. Dulu satu unit konsol PS4 berharga RM1800, tapi sekarang dah dijual pada harga RM1500++ sahaja. Harga tu dah berkurang sebanyak RM300. Banyak dah Sony tolong ni, jadi, cepat-cepatlah kumpul duit dan beli PS4 ni secepat mungkin.
PS4 dilengkapi dengan kemudahan internet di mana kau juga boleh akses internet melalui konsol ini. Apabila ada kemudahan internet, Sony juga telah menyediakan perkhidmatan subscribe di mana kau boleh akses masuk ke dalam library playstation untuk main game yang pernah dimainkan dalam konsol-konsol Playstation sebelum ini di mana grafik game lama tu kini dalam kualiti HD. Hmm... barulah sedap mata memandang dan nak bermain.
Pada tahun ini, akan dikeluarkan banyak game yang best dan power dan memang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Playstation 4. Antaranya ialah Uncharted 4 dan juga God of War 4. Game terbaru yang akan dipasarkan nanti memerlukan PS4 untuk dimainkan. Jadinya, kalau kau tak ada PS4, memang tak merasalah kau nak main game yang best dan menggiurkan ni.
Akan datang, kau dan aku akan berada dalam dunia gaming yang baru di mana kita akan bermain menggunakan VR (virtual reality) headset. Tak perlu TV dah lepas ni kalau nak main game, sarungkan VR headset di kepala, pegang joystick, dan kau dapat rasakan macam kau masuk ke dalam dunia game yang kau main. Memang macam real beb!
Itulah dia 4 sebab kenapa kau patut beli PLAYSTATION 4 pada tahun ini juga. Aku harapkan, dengan 4 sebab ni akan menyebabkan kau rasa berbaloi untuk beli PS4 ni. Tapi, kalau duit tak berapa nak ada sebab nak raya ni, hold la dulu. Kumpul dulu, lepas tu belilah ok. Ok, kalau kau nak hasut kawan-kawan kau beli PS4 ni, mohon kongsikan kat kawan-kawan kau ye. Klik button share kat bawah ni.
Berminat nak beli Playstation 4, KLIK SINI.
Berminat nak beli Playstation 4, KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment