Saturday, 25 June 2016

7 CARA BAGAIMANA NAK JADI PEMAIN VIDEO GAMES YANG TERER DAN POWER

Bagi kaki gamers, menjadi pemain video games yang hebat adalah sesuatu yang sangat diinginkan dan diimpikan. Tambahan pula, ia akan jadi lebih seronok jika dapat ditunjukkan kepada kawan-kawan ataupun kepada gamers online.

Ia seperti menjadi suatu lambang kebanggaan yang dicari-cari dalam dunia gaming apabila menjadi expert. Tapi, macam mana caranya nak jadi expert? Ha... kau jangan cakap je nak jadi expert, tapi tak tahu caranya.

Jangan risau, di sinilah blog aku akan main peranan. Aku akan kongsikan beberapa cara macam mana nak jadikan kau pemain video games yang terer dan power dan boleh buat kau berlagak. Hahaha!

Sumber gambar: www.easports.com

1. PILIH GAME YANG NAK DIKUASAI

First sekali, nak jadi terer ni perlukan latihan yang konsisten dan berulang-ulang. Sebab tu lah, kau kena pilih game yang betul-betul kau nak kuasai. Pastikan game yang kau nak pilih tu adalah game yang takkan buat kau cepat bosan bila bermain berulang kali.

Sumber gambar: www.youtube.com

2. JIKA ADA ONLINE LAGI BAGUS

Memilih video games yang boleh bermain dengan pemain lain secara online lagi bagus untuk kau. Ini kerana, bermain sambil berlawan dengan orang lain sebenarnya lebih sukar dan susah berbanding bermain berlawan dengan komputer. Apabila pencabar kau makin lama makin terer, ia akan buat kau juga semakin terer.

Sumber gambar: en.wikipedia.org

3. BIASAKAN DIRI DENGAN CONTROLLER

Controller lah yang akan menjadi alat utama untuk kau jalani latihan. Jadi, kau kena faham segala selok belok dan fungsi setiap butang pada controller kau. Pastikan kau dah hafal setiap butang berfungsi untuk melakukan gerakan apa di dalam games yang kau main. Bila kau dah tak perlu tengok butang dan boleh main sambil tengok game sahaja adalah tanda kau mula nak jadi terer.

Sumber gambar: www.ufifastore.com

4. KUASAI SEMUA TAHAP

Dalam video games yang kau pilih, pastikan kau boleh kuasai semua difficulty level yang ada dalam game tu. Kau digelar handal apabila level yang paling susah pun kau boleh main dengan begitu mudah sekali. Ini juga akan menjadi penanda aras sama ada kau boleh bermain di peringkat online kerana di sana pemain-pemainnya lebih handal.

Sumber gambar: fifa15news.net

5. PERBAIKI SKIL DARI SEMASA KE SEMASA

Jangan mudah mengalah bila kalah. Kalah itu biasa ketika bermain game. Kau bukan boleh jadi terer terus dalam sekali percubaan, mesti kena buat banyak kali. Jadi, bila kalah, cek balik kenapa kau kalah, mesti ada sebabnya. Bila dah tau sebab, perbaiki kelemahan kau. Lepas tu, perlahan-lahan, mesti kau boleh dapat kemenangan.

Sumber gambar: www.huffingtonpost.com

6. TENGOK DAN BELAJAR DARIPADA MASTER

Kat Youtube tu, berlambak video tutorial yang dikongsikan oleh orang-orang yang dah master dalam game yang mereka main. Jadi, kau boleh belajar kat situ berdasarkan game yang kau main. Kenali dan fahami apa yang mereka kongsikan. Lepas tu, cuba guna balik masa kau main game.

Sumber gambar: home.bt.com

7. ULANG, ULANG DAN ULANG

Ini adalah bahagian yang paling penting. Kau kena main VIDEO GAMES pilihan kau tu berulang-ulang kali. Ini penting supaya kau dah hafal dan faham segala selok belok tentang game yang kau main tu. Selain itu, latihan yang berulang-ulang juga bantu kau untuk menguasai skil menggunakan controller kau. Pendek kata, kalau kau main game tutup mata pun masih boleh menang.

Itulah dia 7 amalan yang kau boleh ikut kalau kau nak jadi pemain video games yang terer dan power. Tapi ingat, dalam sibuk-sibuk kau nak jadi pemain video games yang hebat, jangan lupa rehat pulak. Itu pun penting. Nanti jem kepala kau asyik main game saja. Oklah, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, jangan lupa share ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...