Bagi sesiapa yang tak suka main game ni, diorang selalu kata main game ni takde faedah. Tambah-tambah lagi kita yang dewasa, yang kaki game ni, diorang kata kita macam budak-budak. Ish, ish, tak patut betul. Masalahnya, yang buat game ni orang dewasa kot, dah tentulah video game ni boleh dimainkan oleh orang dewasa, kan? Hahaha.
Takpelah, orang dah nak mengata kan, nak buat macam mana. Kita dengar, tabah dan redha jelah. Sebenarnya, aku dan kau main game sebab ia boleh ceriakan hidup kita, betul tak?
Apa salahnya melakukan sesuatu yang boleh menceriakan hidup kita, asalkan tidak mengundang kecelakaan kepada orang lain. Atas sebab inilah aku nak kongsikan dengan kau kenapa main game ni boleh buat hidup kita ceria.
1. OTAK MENJADI LEBIH SEGAR
Satu kajian yang dilakukan oleh Daniel Johnson, Pengarah QUT Games Research Lab, telah menunjukkan bahawa sesiapa yang bermain video game akan membantu memberikan kesegaran kepada otaknya. Ini terjadi kerana sewaktu kau sedang bermain video game, telah berlaku peningkatan aktiviti dalam otak kau dan menyebabkan ia menjadi lebih segar. Jadi, bila otak segar, maka mood kau akan jadi lebih ceria.
2. MEMILIKI EMOSI YANG LEBIH POSITIF
Apabila kau bermain video game, kau sebenarnya boleh menghilangkan stres dalam diri. Apabila stres hilang, dan kau mula tenang, maka emosi-emosi positif akan ditunjukkan. Ini sebenarnya sangat membantu terutama sekali dalam menjalin hubungan yang baik sesama keluarga dan juga rakan-rakan.
3. MENGEKALKAN AWET MUDA
Wow, serius ke main video game boleh kekalkan awet muda? Serius la beb, takkan aku nak tipu. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Iowa pada tahun 2013. Menurut kajian ini, pemikiran seseorang akan menjadi 3 tahun lebih muda daripada usianya apabila bermain video game. Wow, ini penemuan yang power ni. Lepas ni, ramailah atok-atok dan nenek-nenek nak main game. Hahaha.
Itulah dia 3 sebab kenapa main video games ni boleh buat hidup kau dan aku bertambah ceria. Aku harap, keceriaan kita akan berkekalan dengan bermain video games yang kita minati. Jangan lupa share artikel aku ni kalau kau rasa bermanfaat ye.
Sumber gambar: Google Images
No comments:
Post a Comment