Sunday, 26 June 2016

5 VIDEO GAMES YANG AKAN KECEWAKAN ANDA PADA TAHUN 2016 (SETAKAT JUN 2016)

Ramai mengatakan bahawa tahun 2016 adalah tahun yang baik bagi kaki gamers kerana banyak video games yang best dan power dikeluarkan. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pengeluar video games tidak berjaya menghasilkan video games yang memenuhi jangkaan kaki gamers ini.

Untuk kali ini, aku nak kongsikan 5 video games yang dikatakan akan mengecewakan kaki gamers macam kau apabila kau beli video games ini. Mungkin dengan membaca artikel aku ini, kau boleh selamatkan duit kau daripada dihabiskan untuk membeli video games ini. Jom kita tengok video games yang bakal mengecewakan kaki gamers.

Sumber gambar: www.pushsquare.com

1. HOMEFRONT: THE REVOLUTION

Game ini ada potensi untuk menjadi game first person shooter (FPS) yang paling best pada tahun 2016. Dengan plot cerita yang telah berubah berbanding siri sebelum ini ia sepatutnya boleh menjadi sebuah game yang berjaya. Malangnya potensi itu tak dapat dipenuhi malah ia menjadi sesuatu yang mengecewakan. Dari segi teknikalnya juga terdapat kelemahan yang ketara dalam gameplay game ini. Pengeluar patut sedia maklum bahawa mereka telah mengeluarkan belanja yang besar untuk pembinaan game dan patutnya menghasilkan game yang lebih berkualiti berbanding ini.

Sumber gambar: www.playstationlifestyle.net

2. MIRROR'S EDGE CATALYST

Pada awal pembuatan, game ini kelihatan seperti boleh berjaya, malangnya tidak. Kaki gamers menjangkakan game ini ada pembaharuan dan perkembangan yang baik berbanding siri sebelum ini, tapi jangkaan mereka tidak tepat. Mereka mahukan lebih cabaran berbanding siri pertama Mirror's Edge yang agak berjaya. Tetapi, apabila kaki gamers main game ini, objektif permainan adalah mudah dan sama seperti siri pertamanya. Persekitaran dalam gameplay game ini juga membosankan dan ada kekurangan dari segi kualiti teksturnya.

Sumber gambar: en.wikipedia.org

3. QUANTUM BREAK

Remedy Entertainment, pengeluar yang telah menghasilkan game yang sangat berjaya seperti Max Payne dan juga Alan Wake, dijangkakan akan menemui kejayaan sekali lagi untuk video game Quantum Break. Malangnya, jangkaan itu kurang tepat. Salah satu kelemahan game ini adalah kerana cut-scene nya yang terlalu banyak dan telah mengganggu gameplay game ini. Selain itu, gameplay nya juga kelihatan agak mudah dan menyebabkan ia menjadi agak linear kerana bermain seolah-olah untuk menamatkan game semata-mata dan bukan menghayati keseluruhan game ini. Untuk game ini, Remedy Entertainment telah gagal mencapai kejayaan sama seperti Max Payne dan juga Alan Wake.

Sumber gambar: en.wikipedia.org

4. TOM CLANCY'S: THE DIVISION

Pada pembukaan game ini, kaki gamers akan dihidangkan cerita yang menarik yang menyebabkan terasa game ini akan memberi pengalaman yang hebat. Malangnya, apabila dimainkan, mission-nya hanyalah berulang-ulang dan sangat bosan jika bermain menggunakan mode single player. Game ini juga gagal untuk buat kaki gamers melekat depan konsol dan bermain sampai habis disebabkan sifat game ini yang kurang menarik perhatian. Namun begitu, game ini bukanlah terlalu teruk, cuma sekadar biasa-biasa sahaja.

Sumber gambar: dvsgaming.org

5. BATTLEBORN

Sewaktu pelancaran game ini, ia dipaparkan dengan begitu menarik dan kelihatan tidak sabar untuk dimainkan. Tetapi, apabila game ini dimainkan, ia tidak memenuhi seperti apa yang dilihat pada hari pelancaran ataupun dalam iklannya. Gameplay yang cuba ditunjukkan dalam game ini kelihatan seperti tidak sesuai untuk Battleborn dan patut dibuat pada game yang lain. Namun begitu, apa yang paling mengecewakan ialah ia tidak sama seperti apa yang ditontonkan pada pada iklannya yang dilihat sangat, best, power dan seperti rasa takkan menyesal jika dibeli.

Walaupun kau orang semua dah baca ulasan-ulasan ini, itu tak bermaksud kau tak boleh beli game yang aku bagitau ni. Kau masih boleh beli dan cubalah main sendiri VIDEO GAME ni. Mungkin kau akan best kot. Yelah, pandangan kita semua berbeza. Kalau kau beli dan main, mungkin kau boleh bagi pendapat kau. Oklah, kalau kau rasa post aku ni bermanfaat, jangan lupa share ye.

Sumber asal artikel boleh dibaca DISINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...