Monday 27 June 2016

4 SEBAB KENAPA ANDA TAK PATUT MAIN VIDEO GAME GUNA CHEAT CODES

Hari ni nak sembang pasal apa pulak ye? Haa... Meh aku cerita pasal cheat codes. Uih, faveret orang ramai yang main game ni. Dapat cheat codes, memang syurga lah. Main video game susah pun boleh jadi mudah.

Dengan cheat code, akan buat hidup kau jadi mudah. Life banyak ataupun kau kebal. Kena tembak banyak kali pun tak mati. Tak payah nak menyorok sebelum menembak, jalan je terus menuju ke musuh tanpa perlu bimbang mati. Ada pulak game yang jenis perlukan duit. Hah kau, guna je cheat code tambah duit, macam-macam benda boleh beli. Tapi tak boleh tukar jadi tunai lak kat bank. Hahaha.

Tapi, bagi aku, ada beberapa sebab kenapa aku tak menggemari cheat codes ni dan aku pun tak tahu sama ada kau bersependapat dengan aku ke tak. Segala poin yang aku bagi kat sini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku. Andainya kau ada perbezaan, sila kongsikan, aku boleh je terima. Ok, jom tengok 4 sebab kenapa kau tak patut pakai cheat codes untuk main game.

Sumber gambar: www.sciencefocus.com

1. MEMBOSANKAN

Apabila kau guna cheat codes, contoh cheat code kebal, watak game yang kau main tu  akan jadi susah nak mati. Bila susah nak mati, maka senanglah nak melawan musuh. Bila senang, takdelah cabaran. Kau rasa semuanya terlalu mudah bagi kau. Bila terlalu mudah, kau senang rasa bosan dan menyebabkan keseronokan main game tu dah tak ada.

Sumber gambar: www.damemagazine.com

2. GAME CEPAT HABIS

Menggunakan cheat codes juga akan menyebabkan game yang kau main tu jadi cepat sangat habisnya. Bila cepat habis, kau tak dapat menghayati sepenuhnya gameplay game tersebut. Contohnya macam tak explore tempat-tempat rahsia atau barang-barang tersembunyi yang ada dalam game tu. Kau dah miss benda-benda menarik yang dah disediakan untuk kau.

Sumber gambar: www.benzinga.com

3. TAK HEBAT

Cheat codes ni apabila digunakan akan menjadikan kau seorang player video game yang tak hebat mana pun. Kemenangan yang kau perolehi semasa bermain game hanyalah disebabkan penggunaan cheat code. Without cheat codes, you are nothing! Hahaha. Cheat code ni menyebabkan kau tak dapat nak belajar skil-skil baru yang membantu kau menjadi player yang hebat. Kalau main multiplayer, memang mudahlah kau kalah sebab kat luar sana banyak yang terer tanpa guna cheat codes.

Sumber gambar: ibtimes.com

4. BUKAN GAMER SEJATI

Penggunaan cheat code juga membuktikan bahawa kau bukan gamer sejati. Kau guna cheat code semata-mata nak complete kan misi-misi atau objektif-objektif yang telah ditetapkan dalam game yang kau main. Kau merasakan, melaksanakan objektif tu lagi penting daripada menghadapi cabaran-cabaran yang ada dalam game tu.

Itulah dia 4 sebab kenapa aku rasa kau atau aku tak patut guna cheat codes. Dulu, aku pernahlah guna cheat codes, tapi bila aku merasai benda macam 4 poin aku bagitau kat atas, aku tak guna dah cheat codes. Biarlah susah macam mana VIDEO GAME tu, aku akan cuba main sampailah lepas. Kalau tak lepas, aku akan refer walkthrough, itu je. Tapi at the end, kalau kau nak guna cheat codes juga, itu terpulang pada kau, hak masing-masing kan? Aku cuma bagitau pendapat aku sahaja. Ok lah, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, jangan lupa share kat kawan-kawan kau ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...