Sunday, 31 July 2016

4 VIDEO GAME YANG PATUT KAU BELI BULAN OGOS INI

Hoih! Lama gila aku tak menulis kat sini. Sori weh. Aku sibuk dengan penulisan artikel kat website yang lain. Kena fokus kat situ selalu sebab aku baru dapat job kat situ. Jadi kat sini aku kena kurangkan masa, kalau tak tiap hari aku menulis kat sini. Huhuhu.

Ok, untuk kali ni aku nak share dengan korang pasal video game yang patut korang beli bulan Ogos akan datang ni. Info ni aku dapat daripada Pcmag.com. Aku harap dengan info yang aku share pasal 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini akan bantu kau buat keputusan untuk beli game nanti.

1. MONSTER HUNTER GENERATIONS

Kredit foto: www.nintendo.co.uk

Menampilkan sesuatu yang lebih baru berbanding siri-siri sebelum ini. Terdapat pembaharuan dari segi gameplay di mana ada raksasa-raksasa baru, kawasan baru dan juga terdapat gaya serangan baru yang boleh eksperimen semasa bermain game ini. Game ini hanya ada untuk platform Nintendo 3DS.

2. OBDUCTION

Kredit foto: uploadvr.com

Obduction adalah sebuah game yang menggabungkan elemen misteri dan adventure. Dalam game ini, anda telah dihantar ke sebuah planet makhluk asing dan perlu mencari jalan untuk pulang ke bumi. Game ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari game berunsurkan puzzle dan adventure. Game ini hanya ada di platform PC.

3. BANNER SAGA 2

Kredit foto: kotaku.com

Banner Saga 2 adalah sebuah game yang berunsurkan tactical role-playing game di mana anda akan bermain dalam zaman mitologi viking. Game ini seolah-olah seperti game chess dan game yang pernah keluar dalam platform PC ini telah dibangunkan semula dengan lebih baik dalam platform PS4 dan XBOX One.

4. BATMAN: RETURN TO ARKHAM

Kredit foto: mygaming.co.za

Bagi peminat game game Batman sebelum ini, kau patut beli Batman: Return To Arkham ini. Dalam game kali ini, kualiti visual telah dipertingkatkan untuk memberikan kepuasan yang maksima. Game ini juga masih mengekalkan action combat yang menarik dan tricky puzzle yang boleh buat kau duduk lama depan konsol kau. Hanya ada untuk platform PS4 dan XBOX One.

Itulah dia 4 video game yang patut kau beli bulan Ogos ini nanti. Aku harap dengan cadangan yang diberikan ini dapat bantu tambahkan lagi koleksi game korang semua. Macam biasa, kalau kau rasa info ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan kau ye dan selamat bermain video game!

Sunday, 24 July 2016

7 KATA-KATA INSPIRASI 'POWER' DARIPADA KARTUN POKEMON

Oleh kerana sekarang ni tengah demam Pokemon Go. Aku saja nak bagi korang kata-kata semangat bila main game tu. Sebenarnya, kata-kata semangat ni diungkapkan oleh watak-watak yang ada dalam kartun Pokemon tu.

Kartun-kartun ni kadangkala bukan sekadar memberi hiburan, tapi ia juga boleh memberi kau inspirasi dalam meneruskan kehidupan. Aku harap, dengan perkongsian ini akan buat kau seronok untuk menjalani kehidupan kau.

Selamat membaca!















Saturday, 23 July 2016

5 SELEBRITI ANTARABANGSA YANG KAKI VIDEO GAME

Kau jangan ingat artis-artis antarabangsa tu tak minat main video game walaupun sibuk dengan aktiviti harian diorang sebagai artis. Walaupun sibuk, diorang akan cari masa untuk main video game sebab dah itu minat diorang.

Menurut Nowloading.co, terdapat 5 selebriti antarabangsa memang kaki video game. Jom kita tengok siapakah 5 selebriti ini.

1. MEGAN FOX

Kredit foto: deadline.com

Awek hot yang start popular dengan cerita Transformers. Lelaki mana tak bergetar tulang rusuk bila tengok dia kan? Hahaha. Pada masa lapang, jika tak ada shooting, dia akan habiskan masa bermain video game. Video game kegemaran beliau ialah siri HALO.

2. OLIVIA MUNN

Kredit foto: twitter.com

Sebelum ini, Olivia Munn adalah seorang model sahaja. Tetapi kini, beliau telah bergelar pelakon dan popular sebagai watak 'Psylocke' dalam filem terbaru 'X-Men: Apocalypse'. Sangat meminati game yang bergenre first person shooter dan suka bermain game Call of Duty: Modern Warfare 3.

3. MILA KUNIS

Kredit foto: www.ellentv.com

Pelakon yang popular menerusi sitkom That 70's Show, Mila Kunis, adalah penggemar tegar video game. Di sebalik kesibukan bergelar artis, Mila Kunis sangat menggemari game seperti World of Warcraft, Call of Duty dan juga Minecraft.

4. RONDA ROUSEY

Kredit foto: www.pinterest.com

Merupakan ahli sukan dalam MMA/UFC dan kemudian menceburkan diri dalam filem Expandables 3 dan juga Fast and Furious 7. Ronda Rousey sangat suka bermain video game di waktu lapangnya dan gemar bermain game World of Warcraft.

5. PAUL WALKER DAN VIN DIESEL

Kredit foto: www.ew.com

Di sebalik aksi-aksi stunt yang menarik yang ditunjukkan oleh mereka berdua dalam francais Fast and Furious, rupa-rupanya kedua-dua pelakon ini adalah penggemar video game tegar. Paul Walker dan Vin Diesel akan bermain game di masa lapang di mana mereka akan bermain game World of Warcraft.

Itulah dia 5 selebriti antarabangsa yang kaki video game. Jadi, lepas ni jangan ingat artis-artis ni tak main game. Dia pun manusia biasa gak, mesti ada minat kat game ni juga. Oklah, macam biasa, kalau kau suka dengan artikel aku ni, mohon share kat kawan-kawan yang lain ye.

Friday, 22 July 2016

5 VIDEO GAME YANG MENYERAMKAN DAN AKAN BUAT KAU TAK BERANI PERGI TOILET MALAM-MALAM

Jika semalam aku kongsikan 5 video game yang boleh buat kau sedih lalu menangis, hari ni aku nak share pulak 5 video games yang boleh buat kau ketakutan sampai rasa nak terkencing kat toilet pun takut. Hahaha.

Kau jangan ingat filem je ada genre seram ni, video game pun ada genre seram tau. Silap haribulan, tahap keseraman video game lagi power daripada filem. Kena pulak, hantu tu tiba-tiba keluar secara mengejut. Mahu terkeluar jeritan jantan kau. Cilakak!

So, tanpa buang masa, jom kita tengok 5 video game yang menyeramkan yang boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet.

1. SILENT HILL

Kredit foto: www.gamefaqs.com

Berdasarkan kajian aku dengan membaca blog-blog gaming, ramai di antara mereka bersetuju untuk meletakkan video game francais Silent Hill sebagai game paling seram. Terdapat 12 siri game Silent Hill yang telah diterbitkan. Keseraman Silent Hill ni terletak pada background muzik dia yang memang sesuai untuk buat orang takut dan juga persekitaran yang ditunjukkan dalam game ni memang menakutkan. Kena pulak, pereka game ni berjaya cipta hantu-hantu yang mengerikan dan selalu muncul secara tiba-tiba tanpa kau sedari.

2. FATAL FRAME

Kredit foto: kotaku.com

Dalam game Fatal Frame ni, bila kau main, ia akan betul-betul menguji keberanian kau untuk berdepan dengan hantu-hantu yang wujud dalam game tu. Untuk mengalahkan semua hantu-hantu dalam game tu, kau dibekalkan kamera dan kamera tu lah yang akan digunakan untuk menangkap gambar hantu-hantu tu. Oh ye, kau tak boleh ambik gambar dari jarak jauh, kau kena pergi dekat, dekat sampai kau boleh nampak muka hantu dengan jelas, baru snap. Itu pun, kalau kau berani nak pergi dekat-dekat. Hihihi...

3. RESIDENT EVIL

Kredit foto: www.techtudo.com.br

Dalam game ni, kau tak menentang hantu, tapi kau akan berlawan dengan zombie. Mesti rasa macam takde pape kan? Apa ada hal, tembak jelah zombie tu, terus mati. Ooo... tak semudah itu bro. Kau ingat pembuat game ni nak buat benda jadi mudah untuk kau ke? Zombie-zombie ni dan raksasa lain akan muncul depan kau secara tiba-tiba tanpa kau sedar dan akan buat kau melatah sampai mencarut-carut sebab terlalu terkejut. Muka raksasa dan para zombie pun turut direka dengan penuh kengerian dan keseraman. Memang patut jadi video game yang menyeramkan dan sedap dimainkan pada waktu malam yang sepi 

4. AMNESIA: THE DARK DESCENT

Kredit foto: www.youtube.com

Kau akan memegang watak yang berada dalam istana lama yang dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang mengerikan dan menakutkan. Untuk menambahkan rasa seram, kalau kau nak main, sila pakai headphone. Kau boleh dengar macam-macam bunyi yang akan buat kau rasa takut sesangat. Oh ye, kau nak tau tak, ramai orang yang main game ni telah memberikan komen bahawa mereka tak sanggup nak habiskan game ni sebab game ni terlalu menakutkan. Gila betul!

5. DEAD SPACE

Kredit foto: gamersxtreme.org

Untuk game ini pulak, kau akan bermain menentang makhluk-makhluk mutant yang sangat mengerikan dan ganas. Sebenarnya, makhluk-makhluk mutant ni adalah krew-krew kapal kau (oh ye, game ni berlatarbelakangkan di dalam sebuah kapal) dan kau terpaksa berlawan dengan mereka. Ketakutan dan keseraman game ini terletak pada kemunculan makhluk-makhluk ganas secara tiba-tiba tanpa kau sangka. Benda ni akan buat jantung kau macam nak luruh dan peluh-peluh dingin akan mengalir keluar dari badan kau. Persekitaran dalam game ni pun dihasilkan dengan baik agar rasa takut kau sentiasa berpanjangan.

Itulah dia 5 video game yang menyeramkan dan boleh buat kau takut sampai tak berani pergi toilet. Kalau kau tak pernah main, pergilah cari game-game ni dan cuba main. Aku sarankan, main waktu malam dan berseorangan, barulah mencabar keberanian. Hahaha. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, tolonglah share kat kawan-kawan kau yang kau rasa berani sangat tu. Cuba bagi diorang main game ni, tengok macam mana, berani dia boleh tahan lama ke tak.

Tuesday, 19 July 2016

5 VIDEO GAME YANG AKAN BUAT KAU SEDIH SAMPAI NAK MENANGIS TERESAK-ESAK ATAUPUN MERAUNG

Disebalik keseronokan, kegembiran, keterujaan dan apa-apa yang boleh buat kau happy semasa main video game, kau jangan tak tau ye main video games ni juga boleh buat kau sedih. Bukan setakat sedih saja, tapi sedih sampai tahap kau nak nangis teresak-esak ataupun meraung.

Serius ke ada game yang boleh buat jadi macam tu? Serius la beb, kau ingat tak ada ke? Game ni macam drama-drama yang kau tengok kat TV gak. Bila kau hayati dengan baik jalan ceritanya, kau boleh rasai emosi yang ada dalam game tersebut.

Jadi, hari ni aku nak cerita pasal emosi sedih, pasal game yang boleh buat menangis. Huhuhu. Ada 5 game kat sini yang disenaraikan yang boleh buat kau sedih lalu menangis. Jom tengok.

1. SILENT HILL: SHATTERED MEMORY


Semua orang tahu game ni game seram. Di mana, kalau main sorang-sorang, kena pulak tengah malam, memang boleh buat bulu roma kau meremang. Tapi, di sebalik rasa seram tu, tersembunyi kesedihan dalam game ni. Kau takkan rasa kesedihan tu semasa main game ni, tapi, bila kau dah habiskan game ni dan kau berjaya selesaikan semua masalah yang wujud dan kau cuba teliti balik apa yang kau selesaikan, pasti kau akan jadi sedih dan mula menitiskan air mata.

2. FINAL FANTASY 7


Kau mainlah mana-mana game, terutama sekali genre RPG, mati memang pasti berlaku dalam game tu. Biasanya, susah untuk kau menang tanpa mati dalam game macam ni. Tapi, mati macam mana sekalipun, watak kau akan dihidupkan semula dan boleh main semula seperti biasa. Cuma, dalam Final Fantasy 7 ni, apa yang buat kita sedih ialah apabila Aerith mati dan tidak boleh dihidupkan semula dan babak ini juga dikatakan babak yang mengejutkan dalam antara semua siri Final Fantasy.

3. GEARS OF WARS 2


Watak utama dalam game ini ialah Marcus Fenix. Tetapi wataknya tidaklah semenarik watak pasangannya iaitu Dominic Santiago. Dalam game ini, Dominic Santiago sebenarnya mempunyai misi yang sangat penting buat dirinya iaitu mencari isterinya yang hilang iaitu Maria. Berbagai halangan dan cabaran ditemui sepanjang usahanya mencari Maria. Akhirnya, dia bertemu dengan Maria di mana Maria berada dalam keadaan yang teruk akibat diseksa dan tidak kelihatan seperti Maria yang pernah dikenalinya dulu. Huhuhu. Memang sedih beb.

4. BROTHERS: A TALE OF TWO SONS


Game ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang terpaksa mengembara ke seluruh dunia demi mencari penawar untuk menyembuhkan ayahnya yang sedang sakit. Video game ini menceritakan tentang elemen kehilangan, pengalaman meningkat dewasa dan juga ikatan kekeluargaan. Apabila kau main game ni, kau kena bantu adik beradik ni berdepan dengan musuh dan melepasi halangan-halangan yang ada agar dapat menyelamatkan ayah mereka. Memang menyentap jiwa!

5. HALO REACH


Mungkin kau susah nak percaya game action ni boleh mendatangkan kesedihan. Macam game tembak menembak ni boleh buat orang sedih dan menangis? Ini akan terjadi apabila kau main game ni dan kau lihat di depan mata sendiri rakan-rakan kau akan rebah menyembah bumi satu demi satu. Kematian rakan-rakan kau dilihat seperti sangat real sehinggakan boleh mengganggu emosi kau untuk menjadi sedih dan mungkin akan menangis.

Itulah dia 5 video game yang dikatakan boleh buat kau sedih dan menangis masa memainkannya. Tapi ingat, ia perlu dimainkan dengan penuh penghayatan. Kalau kau main tanpa ada jiwa, memang susahlah nak rasa. Macam mana kau boleh feel masa tengok drama atau movie, macam tu jugaklah kau kena feel masa main video games ni supaya kau boleh rasa sedih. Macam biasa, kalau kau rasa artikel aku ni bermanfaat, mohon share kat kawan-kawan ye.

Monday, 18 July 2016

JOM TENGOK GAMERS NI BAGI MOTIVASI KAT KAU

Serius aku tak sangka! Aku tak sangka orang yang main video game ni boleh bagi motivasi kat kita. Aku baru lepas tengok video kat bawah ni. Bila aku tengok video ni, ia penuh dengan unsur-unsur motivasi dan pesanan-pesanan yang baik yang mampu menunjukkan bahawa kita boleh dapat faedah dengan bermain video game.

Video ini mengisahkan tentang 5 orang anak muda yang bertanding dalam pertandingan terhebat game DOTA yang digelar sebagai The International 5.  Dalam video ni kau boleh tengok dan ketahui cerita-cerita di sebalik kemenangan Pasukan Evil Geniuses yang berjaya merangkul hadiah kemenangan berjumlah 6.6 juta US dolar.

Kalau kau kaki gamers dan berniat serta berminat nak jadi profesional gamer, aku sarankan kau mulakan dengan tonton video ini. Tempoh video ni tak lama mana pun, tengoklah sampai habis dan hayatilah semua kata-kata profesional gamer dalam ni. Diorang ni sememangnya dah membuktikan bahawa kita boleh dapat faedah dengan bermain video game. Selamat menonton!


Sunday, 17 July 2016

5 CARA BAGAIMANA NAK KAWAL NAFSU MAIN GAME SUPAYA MENDATANGKAN FAEDAH

Macam mana nak kawal nafsu kau main video game ni? Ye, aku tau kau suka main game, tapi nafsu tu kau kena kontrol sikit. Kalau tak kontrol, kau bukan saja rosakkan diri sendiri, tapi orang sekeliling kau pun terlibat sekali.

Gagal kawal nafsu main game juga akan buat orang nampak kau main game ni sebenarnya tak ada faedah pun. Orang akan kata kau ni buang masa je.

Jadi, apa yang kau kena buat supaya nafsu kau dapat dikawal? Ok, kat sini aku kongsikan beberapa caranya ye.

Sumber gambar: www.iteration.info

1. MASA

Tolonglah set masa kau bermain. Tempoh yang sesuai ialah dalam masa 3 jam sahaja. Lebih dari tu, kau dah dikira ketagih. 

Sumber gambar: www.stocksy.com

2. BERSOSIAL

Luangkanlah masa dengan orang lain, dengan manusia. Kalau bujang, pergilah lepak dengan kawan-kawan. Kalau dah kahwin, lepaklah dengan isteri. Dah ada anak, bawaklah keluar jalan-jalan.

Sumber gambar: www.listaddicts.com

3. HOBI

Cuba cari hobi lain selain daripada main video game. Dengan adanya hobi lain taklah kau asyik fokus nak main game. Jadi, kau pun taklah rasa bosan habiskan masa lapang.

Sumber gambar: naturallyearthfriendly.com

4. TANGGUNGJAWAB

Tolonglah ingat tanggungjawab dan peranan kau. Benda ni sangat penting. Benda ni lah yang akan buat kau sedar bahawa hidup kau bukan untuk main game semata-mata.

Sumber gambar: www.teamprevent.co.uk

5. JUMPA KAUNSELOR

Kalau kau punya nafsu dah sampai tahap susah nak kawal, last solution ialah berjumpa kaunselor yang pakar dalam hal ni supaya dia dapat bantu selesaikan masalah kau. Jangan jumpa kaunselor sekolah dah lah.

Itulah dia 5 tip macam mana kau nak tangani nafsu main video game yang terlalu kuat ni. Bahaya weh kalau tak dikawal, silap haribulan boleh kena buang kerja, kawan-kawan pun tak suka kau dah dan yang paling teruk mungkin keluarga pun buang kau. So, tolonglah kawal nafsu kau tu agar orang nampak main game ni mendatangkan FAEDAH. Kalau kau rasa post aku ni bermanfaat, tolonglah share kat kawan-kawan kau yang lain ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...